11 July 2012

Penghayatan Malam Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit sebanyak perkongsian yang sempat saya dengar dari Dr Zulkifli Al-Bakri. Ini apa yang saya dengar dan catat. Mungkin ada yang tertinggal, makanya bolehlah rujuk pada mana-mana rujukan yang lebih dalam lagi kupasannya. Penyampaian Dr Zulkifli Al-Bakri memang mantap dan padat. Alhamdulillah diberikan ruang dan kesempatan menghadiri kupasan beliau tentang Nisfu Sya'ban.

1. Istighfar dan Taubat

Banyakkanlah istighfar dan banyakkan bertaubat pada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taubat. Apabila hati merasa resah gelisah, teruskanlah beristighfar hingga hati kembali tenang. 

Barangsiapa yang rezekinya sukar, banyakkanlah istighfar supaya lapang rezekinya.

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.

2. Golongan yang tidak diterima doanya/ tidak diampun

Berdasarkan beberapa hadis yang dibacakan beliau, antara golongan yang tidak diterima doanya/tidak diampun:

i. Syirik pada Allah
ii. Berdendam dan dengki sesama manusia
iii. Membunuh diri 
iv. Penzina
v. Berhibur yang melampaui batas

3. 5 malam tidak ditolak permintaan (doa) 

Nabi s.a.w. bersabda: "Ada 5 malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya'ban, malam Jumaat, dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha)."

i. Malam jumaat
ii. Malam awal rejab
iii & iv.Malam dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha)
v. Malam nisfu sya'ban

4. Menghidupkan malam Nisfu Sya'ban

Boleh menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan amalan-amalan seperti zikir, membaca qur'an, qiamullail, dsb. dengan syarat:
i. Tidak mengadakan solat khas khusus bagi malam Nisfu Sya'ban
ii. Mengatakan amalan tersebut merupakan sunnah nabi

Menghidupkan dengan beribadah secara bersendirian kepada Allah.

Kesimpulan

Kita mestilah membersihkan hati supaya tidak termasuk dalam golongan yang dengki dan berdendam pada manusia yang lain dan sentiasa memelihara hati kita sepanjang masa. Jadilah insan yang sejahtera hatinya, baik jiwanya dan sentiasa memenuhi hak orang lain.

Wallahu'alam.

P/s: Ini hanyalah catatan haru-biru yang sempat saya ambil sepanjang kuliah Dr Zulkifli Al-Bakri. Mana yang kurang dan silap itu harapnya dapat diperbetulkan.

Salam Nisfu Sya'ban.

5 Julai 2012
12.09 A.M
Kamar sepi nan indah

No comments: