30 July 2012

Melawat Kuching : Yay! (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Err. Ni la jadinya apabila bertangguh-tangguh kan. Hehe. Pasal Maya dah tanya bila nak update part 2, makanya aku menggigihkan diri men'update' nya. Aigoo. Cerita dah basi sangat-sangat ni. :p

Orite. Berikut adalah budget tiket + bas semasa ke Kuching. Memandangkan aku di sana menginap di rumah teman UIA ku Cik Faidatul Akma, makanya tiada kos penginapan di sini. Yay! Boleh pie lagi nie. =p

Tiket Air Asia KL-KCH-KL (Ni je mampu) = RM112
+ Bagasi (15kg/25kg) = RM45
+Tiket SkyBus (Pergi-Balik) = RM13.98
= RM170.98

Boarding pass details:

KUL-KCH


Flight No. AK5206
Seat No. 11A (dok tepi tingkap) syok err!
Departure Date: 23 Jun 2012
Depart: Kuala Lumpur - LCCT (KUL)
Time: 11:45
Arrive: Kuching (KCH)
Nationality: Malaysia

KCH-KUL


Flight No. AK5205
Seat No. 15B
Departure Date: 26 Jun 2012
Depart: Kuching (KCH)
Time: 11:55
Arrive:  Kuala Lumpur - LCCT (KUL)
Nationality: Malaysia


Tu dia aih! Details la sangat kan 'boarding pass' aku kan. Ngee~


Makanya seawal jam 7.00 pagi aku memaksa adikku yang tersangatlah 'free' menghantarku ke stesen LRT Asia Jaya. Tibanya aku di stesen LRT KL Sentral pada jam 7.40 pagi.

Err. Janji jumpa pukul 7.30 pagi. Tapi, aku percaya depa tak sampai lagi. Ngee~

Dalam jam 8.15 pagi kami dah bersiap-sedia naik SkyBus. Bas bertolak jam 8.30 pagi dan dijangka tiba di LCCT sekitar jam 9.15 pagi. Tu dia aih. Lama kemain bertapa kat LCCT sebelum fly-fly away kan?

Setibanya di LCCT pie 'drop bag' segala semua. Kemain lagi amek bagasi berat 15kg, walhal separuh je bagasi aku. Ececeh! Ko ingat nak pie Kuching tak balik-balik dah ke? =p Syok err pie jalan-jalan. Excited + neves. (Neveslah sangat kan) Pasal apa? Kononnya first time naik kapal terbang. Kesian saya kan. Takde siapa yang sudi bawak naik kapal terbang. Apa ko ingat best sangat ke naik kapal terbang tu? Macam nak bas dok tegak lama-lama dalam tu. Best lagi jalan-jalan naik kereta. Bila-bila nak berhenti pun boleh tau. Naik kapal terbang ko nak pie menyinggah katne? Apa ko ingat atas awan dok ada RnR ke apa? Lol. ;p

Nak naik kapal terbang selalu kena kawen dengan pilot yang beriman la nie. Err... Ada ke pilot yang beriman yang nak beristerikan saya nie? Ngee. Boleh terbang selalu. Tapi, yang tak bestnya selalu kena tinggal. Takmo la camnie. +_+

Aip! Bab merepek nombor satu. Sambung balik.

Sebelum naik kapal terbang, kami masing-masing dok melepak kat kerusi Rest n Go tue. First time aku lepak atas kerusi tue. Selalu dok tengok adik-adik aku n ayah aku jek lelepak atas kerusi tue. Syok woo. Err. Korang tau ke kerusi Rest n Go tu apa? Kerusi urut. Tu dia aih. Memang segar la jugak after lelepak atas kerusi tu. (Tapi, sampai sekarang aku dok heran pasaipa ayah aku kata tak berasa langsung dok lelepak kerusi tue. Hmmm. Musykil nie).

Yay! Time to board. Here we go. Konon nak amek gambar masa perjalanan ke kapal terbang tu la kan. Tapi tengok ada 'jaga' yang mata macam helang terus batalkan niat murniku itu.

Sekarang saya dok ada atas kapal terbang dah nie. Syok ke? Macam dok dalam bas ekspres je. Takde best mana pun. Kan?

Okay! Get ready, kita akan take off. One, two, three. Yuhuuuu~ I loike! Hehe. Naik kemain tinggi lagi. Dulu-dulu aku dok selalu dengar cerita kalau masa nak take off kena telan air liur banyak-banyak pasai nanti telinga berdengung. Pasai aku tak rasa pape pun eh? Hmm. Heran nie.

Tak lama pas dah take off, pramugari n pramugara buat show jap. Terhibur la kejap aku dengan show mereka. Tau ke show apa? Hahaha. Cara-cara mengikat tali pinggang keselamatan dan juga memakai jaket keselamatan. Chop! Silap sudah. Ni sebelum take off la. Kalau dah take off baru nak tunjuk apsal pulak kan. Ngee. Maklumlah lama dah kan. Memori tak berapa kemas nie.

30 minit kemudian ada la sesi jualbeli atas kapal terbang tue. Dan aku pun terbeli air mineral Spritzer 350 ml dengan harga RM3. Mahal wooo. Konon-konon aku nak seludup air masuk dalam kapal masa kastam dok check tu. Entah macam mana aku terjadi baiklah pulak kan. Haha. Sudahnya masa balik ke KualaLumpue aku seludup satu botol. Takyah beli air yang mahal boleh dapat 2 botol 500ml tue. Ngee..

Perjalanan selama 1 jam 45 minit. Tak lelap langsung aku. Pasai dah tak tau nak buat apa, sempat aku 'touch up' sket.  Sapu bedak compact, pakai celak dan pelembab bibir. Awatla aku tak bawak buku sebuah buat isi masa lapang kan? Hmm. Nak jenguk luar tengok awan, jenuh dah tengok n snap gambar. Maklumlah, dok heran jap tengok awan.

Masa kapal terbang melanggar awan, saat itu macam 'Wah! Gini ke rasa langgar awal.' Cuak? Nope. Aku suka adalah. Haha. Akak ofis cakap 'Apalah ko nie. Orang cuak ko suka.' Ngee. Nak wat cane. Cool kot rasanya. Err. Tapi dalam hati mengucap banyak2 la. Tak cuak tapi best! Err. Guana tu?

Sampai dah Kuching. Yuhuu. Nampak la Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia. (betul kan?) Macam rupa ular kena palu je gayanya. Panjang dan berliku sana-sini. Selesai amek beg, dok calling2 sat. Member aku tengah stuck kat dalam jammed. Huwaaaaa. Kuching pun macam KL ke? Jammed hari-hari? Sob. Sob. Sob.

Dekat kol 3.30 petang jugaklah member aku sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sempat jap aku dok lawat kawasan pasal dok heran dengan kemeriahan lapangan terbang tersebut. Rupa-rupanya ada artis yang dok wat persembahan. Siapa? Aku tak amek port. Yay! Sampai dah member aku. Angkut barang masuk beg dan terus meluncur ke Kuching.

Perkara yang tidak putus-putus keluar dari mulut aku adalah mengenai jalanraya nya yang sangatlah lain dari Kuala Lumpur dan Semenanjung. Tarnya sangat berkilat seolah-olah baru dibasahi air hujan. Serius! Aku sangat heran dan kagum dengan sinaran tarnya. Yang mana kalau aku nak betulkan tudung pun boleh nampak wajah aku. [Err. Ni terlampau okay. ;]

Orite then. To be continued on next part. Aci kan saya dah sambung? Ngee.

Selit sikit kisah Ramadhan.

Hari ni masa dok terawih kat Masjid Negeri Shah Alam, hati aku kagum dan tersentuh.

Kagum kerana adik yang pada hemat aku berumur dalam lingkungan 8 hingga 9 tahun, mampu merapatkan saf yang jarang tanpa disuruh oleh makcik di sebelahnya. Nampak je makcik yang solat sebelahnya beralih tempat. Terus adik ini angkat sejadahnya dan bentangkan semula rapat ke makcik seorang lagi.

Tersentuh kerana, jama'ah di sebelah aku yang memakai sejadah kecil yang awalnya bentang menegak hanya untuk dirinya, mengalihkan dan membentang melintang berkongsi dengan aku. Terima kasih.

Ramadhan kali ini memang sungguh berbeza. Entah kenapa aku merasakan sesuatu kelainan di dalamnya. Moga jawapan pada sebuah pencarian akan ku temui dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmah dan keberkatan ini. Amin~


Nur: Esok dah kerja balik. Yeah! Mari tidur sambil gosok baju. :p 

No comments: