24 September 2012

Wow! So Long Without Any Updates

Bismillahirrahmanirrahim...

Aigooo... Kemain lama tinggalkan teratak sepi nan indah ini tanpa ada update baru. Kononnya azam nak update setiap hari yang mana akhirnya azam itu dipandang sepi. Kononnya lagi dah merangka-rangka apa yang nak ditulis akhirnya betul-betul tinggal rangka sahaja.


Puasa sudah berlalu.

Raya sudah berlalu.
Haji bakal menjelma.

Pantas waktu meninggalkan hari demi hari menggantikan bulan demi bulan. Dan seterusnya tahun. Ups! Tahun depan bakal cecah suku abad dah ni. No more muda belia remaja dah ke? Tidak! Bukan saja katakan Tidak pada Rokok namun katakan jua Tidak pada zaman Muda Belia Remaja yang semakin meninggalkan aku. Oh! Nooooooooo!!


Ehem! Syoknya esok dan lusa bakal melarikan diri seketika daripada urusan kerja dan merehatkan diri dengan kursus pemantapan kemahiran pembangunan diri. Ececeh! Kemain lagi bunyinya gaya hebat sungguh kursus itu.


Effective Training Presentation.


Wow! Awesome! Kemain lagi superb tajuk training aku esok dan lusa. Mantap dan berkesan kah pembentangan aku selepas ini? Gaya tajuknya macam nak belajar kemahiran membentang. Mungkinkah? Atau mungkinkah tidak. Kita tunggu dan lihat yach!


Serius! Sangat rindu nak update celoteh-celoteh riang-ria duka di teratak ini. Di kelapangan dan kesempatan lain. Harapnya. Sangaaaaaaaat banyak nak update especially tentang walimah. Ada gaya pasni aku jadi Host pulak untuk majlis renjeys-renjeys dipeleys-dipeleys. Kemain lagi cita-cita dan impian itu. Moga jadi kenyataan! 


Mari aminkan beramai-ramai. Aaaaaamin~




Nur: Sejak dua menjak ini kulihat awan semakin indah. Ada peluang nak terbang dengan lebih tinggi lagi nie! ^^,

No comments: