02 October 2012

Dah Oktober! Story Sikit!

Bismillahirrahmanirrahim...

Wow! Oktober sudah. Pantas dan sangat sangat sangat pantas masa berlalu. 2 bulan lagi tahun 2012 bakal melabuhkan tirai. Dengan ini tempoh satu tahun itu bakal berkurangan dari hari ke hari. Satu tahun itu apa ya? Ehem! Adalah kan. =p

Tumpang dok ingat dan semangat masih berkobar-kobar ini aku nak update tentang anak buah yang ke-2 yang telah selamat dilahirkan pada 9 Syawal 1423H bersamaan dengan 27 Ogos 2012. Yay! Tambah lagi seorang anak kelahiran Ogos. Pastinya baby boy! Haha. Memandangkan adik-beradik aku majoritinya lelaki  menurun la ke abang dan adik aku faktor genetik ini. Mungkinkah?

Hmm... 2 boys in the family. When the girl will get into the family. Jeng. Jeng. Jeng. Who will next deliver the first baby girl in the family? Let's watch and see. ^^,

Apa? Aku? Hahaha. Moga-moga tahun depan aku naik pelamin yach! Dok asyik pie wedding kawan-kawan jek bikin aku jeles! Haha. Bahagianya mereka membuatkan saya turut merasa bahagia. Doakan ya kawan-kawan semua. Maklumlah umur dah nak suku abad. Mari berazam menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan secara berjama'ah. Amin~

P/s: Amboi... Kemain lagi menyatakan dengan jelas, nyata dan terang ya. 

Mentang-mentanglah sekarang dah ada 'kaki' sendiri kemain lagi aku dok pie menjelajah sana-sini menghadiri walimah kawan-kawan. Jenderam Hilir, SMK Teknik Klang, Kota Puteri, Kajang, UPM Serdang, dan paling terbaru dan terjauh setakat ini, Tangkak (banyak lagi sebenarnya. kena buat listing nie). Wow! Untungla ada 'kaki' dah kan. Kemain lagi pie jelajah sana-sini. Tapi kan, lagi untung kalau ada 'drebar' sepanjang hayat kan. :)

Setelah belajar memahirkan diri memegang stereng, aku merasakan menjadi penumpang a.k.a co-pilot lebih best! Tapi, sesekali mengasah bakat drift dan racing tu apa salahnya kan? =p

Ups! Dengan sesungguhnya saya merupakan pemandu yang berhemah. Agak di highway bila tengok speed dah cecah 110 km/j sedaya upaya mengekalkan had laju yang dibenarkan itu. Namun, sesekali terlebih speed juga kan. Mana nak tahan tengok jalan raya kosong tapi bawak 90 km/j. Sedar tak sedar, terlebih sudah. Aip! Nak kena saman ke. Baik! Perlahan-lahan menurunkan speed pada had laju yang sepatutnya.

Moga Oktober lebih banyak berita gembira yang menanti. Bulan ini bulan Haji. Bulan Haji bulan Korban. Moga tiada lagi perasaan yang terpaksa dikorbankan pada jalan yang tidak sepatutnya.

Tenangkan hati, damaikan jiwa.
Mari sama-sama berzikir mengingati Allah.


Assalamualaikum semua.

Apa khabar uncle2 dan auntie2 di luar sana. Nama saya ialah Muhammad Muhib bin Muhammad Muhsin. Umur saya pada hari ini ialah 1 bulan 1 minggu. Nama mummy saya Siti Nor Hashimah binti Hashim. Mummy saya selalu cerita pada Opah saya, dia kata daddy saya malam2 bila saya uwek...uwek...daddy mesti akan bangun tengokkan saya. Mummy dan daddy saya sekarang masing-masing di tahun akhir pengajian.

Buat sementara ni, saya tinggal dengan nenek saya dekat Melaka. Setiap minggu mesti mummy dan daddy saya balik jenguk saya. Masa malam mereka balik saya nyenyak sangat tidur sebab saya tahu mummy dan daddy ada di sisi saya. Tapi, bila malam esoknya mereka nak balik semula ke UIA, saya mesti buat-buat manja dan buli daddy saya takmo tidur nyenyak. Kesiankan mereka? Tapi, saya lagi kesian sebab kena tinggal. Tapi, saya akan cuba sesuaikan diri. Mummy dan daddy saya pergi belajar untuk masa depan kami sekeluarga.

Uncle2 dan auntie2 semua doakan saya menjadi anak yang soleh dan membahagiakan mummy dan daddy saya dunia dan akhirat tau. Yay! Sekarang abang Muhammad Izz Fahmi bin Muhammad Najibulmuti'e dah akan geng. Tunggu la saya besar sikit. Hehe. Mama abang Fahmi, Nur Fauzia Nazwin binti Salim kata abang Fahmi seronok sebab dah ada geng bola. Yay! Nanti kita jumpa ya abang Fahmi. :)

Kat bawah ni gambar abang Fahmi. Hensem kan dia? Lepas ni kita amek gambar sama-sama ya abang Fahmi.


Nur: Aigoo... Kejap je dah dua orang anak buah.

No comments: