29 October 2015

I'm Back

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh. Fuh. Fuh. Berhabuk sungguh blog ni aku tinggalkan. Lama sungguh tak mencoretkan apa-apa dalam diari maya ni. Kini aku kembali dengan semangat yang baru! Azam yang baru! Semuanya baru! Ecewah!

Begitu banyak yang ingin diceritakan. Begitu banyak yang ingin dicoretkan. Begitu banyak yang ingin dikisahkan. InsyaAllah satu demi satu aku akan catatkan untuk pedoman hidup ini. Amboi! Kemain lagi bersastera sangat.

Nak ulas isu bajet 2016? Aku bukanlah ahlinya. Nak ulas tentang viral yang sensasi di media sosial? Aku bukanlah yang layak. Elok saja untuk aku mengulas tentang hidup aku yang suam-suam kuku ini.

Sekarang tengah dalam kesibukan menanda kertas peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah ini tahun ke-2 aku bergelar Guru Kafa JAIS. 3 tahun yang lalu aku merupakan seorang Process Analyst di sebuah bank yang dipanggil Bank Unta. Hihi. Cuba gunakan khidmat Mr. Google untuk mengetahui bank mana.

Baik! Aku tahu rentak tulisan aku melompat daripada satu topik ke satu topik. Haaa. Kan aku dah kata tadi banyak yang aku nak coretkan. Apa saja yang terlintas terus aku karang. Jadi korang layankan sajalah bebelan aku ni ya. Mungkin selepas ini aku jadi blogger tegar kembali seperti zaman belajar aku dulu. Ngee.

Sejak bergelar seorang isteri ni, banyak sebenarnya yang aku pelajari tentang hidup ini. Bukan bermakna di kala zaman bujang takde apa yang aku belajar. Banyaaaaakkk sangat. Perasaan menjadi seorang ibu. Perasaan menghadapi kehilangan anak yang dikandung. Perasaan menghadapi saat-saat keguguran. Bermacam-macam lagi perasaan yang bercampur-baur. Apa yang penting? Kekuatan yang disalurkan oleh insan bernama suami menjadi sumber utama dalam menghadapi kehidupan seorang isteri dan ibu yang mengalami detik kehilangan demi kehilangan.

Bersabarlah! Pasti ada kebahagiaan untukmu di hari esok! Tersenyumlah! Demi sebuah harapan yang menggunung tinggi itu! Bertabahlah! Kerana dikau insan terpilih untuk terus diuji.

Nur Qistina
2.06 a.m.
Home sweet home

2 comments:

macyhumaira said...

sedihnya taip panjang2 tapi hilang.. sobs

um.. macy pn dah lama menunggu. srtahun 3 bulan xada khabar. akhirnya alhamdulillah allah beri rzki.. tp belum buat buku pink.

ya allah, kurniakan rezeki zuriat kpd kami yg amat mengingininya.. insyaallah rezeki kita

bertabahlah

Nur Qistina said...

Lepas 2 tahun baru perasan komen macy nie. Hihi. Jom kita jumpa supaya boleh masuk entry dalam blog kami kawan blog berjumpa setelah bertahun berkenalan. Bila ek tarikh yang kita berkenalan sebenarnya? Hihi.