Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini Sabtuday! Uyay! Setiap kali hujung minggu menjengah adalah waktu yang paling bahagia sekali. Boleh berehat dan mencuba resipi-resipi baru. Al-maklumlah berangan nak jadi chef tapi akhirnya jadi Google Chef. Hihi.
"Najat tu kalau masak resipi baru je mesti dia Google dulu. Takpe lama-lama pandai la masak tu," kata Mama dalam group whatsapp Familia de Best.
Baik mama! Nanti dah power masak kita buat kenduri ya. Ngee. Kenduri kesyukuran 40 hari 40 malam. Makan je kejenya. Lepas tu nanti dagu berlapis-lapis mulalah ada orang komen "Eh! Najat dagu ko dah berchin-chinlah."
Amboi! Sesedap rasa je korang kutuk aku ya.
Back to the story. Sebenarnya nak amek mood happy. (Sila baca dalam mood happy ya) Kalau tulis dalam mood sedih dan sendu berlagu pilu nanti banyak ke laut ceritanya.
Al-kisah bermula masa bulan puasa lagi. Alhamdulillah aku puasa penuh lagi tahun ni. Tahun ke-2 puasa penuh sejak bergelar seorang isteri ni.
Aku dah syak sesuatu. Tapi aku abaikan sahaja perasaan itu. Yalah kan. Siapa yang tak nak berita happy tu datang balik. Apa yang menyebabkan hati aku kuat mengatakan aku mengandung lagi sebab simptom-simptom masa preggy arwah Shauqi dulu kembali menjengah.
Masa tido malam mesti kurang-kurang 3 kali bangun pergi toilet buang air. Okay. Ini simptom yang pertama. Lepas tu dah start rasa lemau-lemau badan. Yang aku ingat masa tu puasa. Memang setiap hari akan masak juadah berbuka walau simple macam mana pun.
Tapi bila dah start Encik Hubby offer beli makanan kat bazar (Masa ni dah nak dekat-dekat hujung puasa dah), aku sambut baik tawaran itu. Ini bonus! Walaupun sebenarnya makan masakan rumah lagi best. Nak ditakdirkan pulak semakin menghampiri raya semakin banyak pulak berbuka di luar. Masa ni sibuk geng-geng nak buat reunion puasa.
Okay dah jarang masuk dapur.
Loya dan muntah? Ahha! Ada rasa tu tapi takdelah sampai tahap lepas makan je keluar semula macam preggy first. Ingat lagi masa puasa tahun lepas. Asal lebih minum je memang akan keluar habis semua makanan yang dimakan. Sampai satu tahap rasa rugi pulak makan sebelum tu. Hihi.
Tup. Tup dah raya.
Balik dari cuti raya puasa mama menggesa untuk buat UPT. (Sebenarnya sebelum tu lagi aku dah buat masa minggu ke-3 puasa) Alhamdulillah naik dua line tapi masih samar. Mungkin sebab aku buat waktu petang.
Kali ni aku tak direct bagitau Encik Hubby. Aku just berkias-kias je. Masa preggy first tu aku memang direct bagi tau terus. Hari tu hari konvokesyen Encik Hubby. Aku masih belum buat UPT lagi. Tapi aku syak ada sesuatu dalam perutku. Hihi. Ingat ahli nujum ke apa.
Masa konvo Encik Hubby aku tak bagi bunga atau apa2 pun. Sebab ada hadiah yang lebih besar dan bermakna untuk aku bagi. Petang buat kali pertamanya setelah bernikah kami berjauhan. Isk. Isk. Isk. Encik Hubby hantar Mak dan Ayah balik keratong.
Malam tu aku whatsapp Encik Hubby. Aku bagitau berita gembira kat dia. Happy betul dia. Hihi. Alhamdulillah, Allah kurniakan kami zuriat penyejuk mata buat kami berdua.
Eh2! Banyaknya flashback. Hihi. Tu la dah lama sangat tak update semua nak cerita. Kan aku dah kata kalau dah start menaip dengan mood happy boleh berjela-jela panjangnya.
Balik pada cerita tadi. Alhamdulillah positif dua line yang sangat terang. Aku sungguh tak sangka secepat ini mengandung kali ke-2. Namun, kegembiraan ini tidak lama.
Tarikh positif UPT 20 Julai 2015.
Esoknya terus buka buku pink di Klinik Kesihatan Seksyen 7. Kebetulan cuti raya masih berbaki satu hari masa tu. Kali ni lama betul proses aku nak buku pink. Siap kena jumpa doktor sebab ada history IUD masa preggy yang lepas.
Minggu depannya hari rabu 29 Julai 2015 aku perasan ada brownish spot. Dah tak sedap hati. Terus pergi klinik Soraya dan check. Masa ni doktor check dan cakap bulatan dan tak cantik. Terus buat referral letter ke Hospital Umra.
Masa kat Umra sekali lagi scan dan doktor pun cakap benda yang sama. Yang sedihnya size kandungan tak sama dengan usia baby yang sepatutnya. Denyutan jantung baby pun macam lemah.
Dalam hatiku tak putus-putus berdoa. " Ya Allah, selamatkan lah kandunganku ini. Jika baik buatku Kau berikanlah peluang yang sebaiknya untukku. " Masa ni doktor bagi suntikan kuat rahin dan bekalan Duphaston untuk seminggu.
Minggu depannya aku nantikan penuh debar. Rabu, 5 Ogos 2015 sekali lagi aku ke Hospital Umra. Tapi masa ni sonographer dah balik. Nak tak nak aku kena datang semula waktu malam. Walaupun sebelum tu doktor dah scan dah check kantung dah kosong. Yang mana baby dah tak ada. Tak ada! Tapi doktor mintak datang semula untuk scan sekali lagi dengan sonographer.
Malamnya bersama Encik Hubby, kami sekali lagi pergi ke Hospital Umra. Setelah menunggu hampir 2 jam, nombor kami dipanggil. Masa tu dah pukul 10.00 malam. Sah! Baby memang dah tak ada. Kandungan tak menjadi. Term yang doktor pernah bagitahu sebelum ni adalah Blighted Ovum.
Aku menahan airmata daripada tumpah. Hatiku mengangis. Bukan rezeki kami lagi untuk kesekian kalinya. Masuk bilik doktor, doktor menerangkan prosedur DNC. Aku memilih untuk menangguhkan dan mendengar pendapat lain.
10 Ogos 2015, Isnin aku ke PPUM ( PPUM dan aku berpisah tiada), untuk mengesahkan tentang missed miscarriage ni. Doktor mengesahkan bahawa kandungan tidak menjadi. Doktor memberi dua pilihan sama ada terus menjalani prosedur DNC atau 2 minggu tempoh untuk gugur sendiri. Pilihan ke-2 yang doktor recommend. Kerana DNC punyai risiko rahim, usus dan pundi kencing tercedera.
Okay la. Sampai sini dulu. Esok aku update yentang proses aku ERPOC (DNC) pulak.
P/s: PPUM di hatiku. Eh! :')
2 comments:
Sedihnya..
maCy setahun 3 bulan menanti untuk menerima berita. Alhamdulillah baru dapat tahu. tapi belum buat buku pink. sebab baru sangat lagi..
awalnya ke Hosp Umra, check.. takut2 lepas setahun xada khabar ada masalah.. bila redha.. allah beri rezeki...
harap sama2 dapat rezeki insyaAllah..
Dah 2 tahun baru reply. Hihi. Blog nie lama biarkan sepi. Jom la kita aktif blogging balik nak? Rindu sangat zaman blogging nie. Macam-macam boleh luah. Kalau kat facebook mesti kena kecam. Kalau kat blog takde orang nak kecam. Jom! Jom! Jom!
Post a Comment