Bismillahirrahmanirrahim...
Kepada semua pembaca yang budiman, I'm back after 30 days confinement days. Alhamdulillah pantang kali ini aku merawat sekali tekanan yang aku alami ketika kehilangan arwah anakandaku yan pertama Mohammad Shauqi bin Mohammad Shafiq. Maafkan ummi anakanda kerana gagal membawa dirimu ke dunia, Bukannya ummi sengaja namun takdir Allah lebih menentukan segala-galanya.
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Ummi tahu anakanda telah berbahagia di sana. Hanya beberapa hari sahaja lagi ulangtahun pemergian anakanda yang ke-2. Walaupun ummi telah ada adik Mohammad Afiq bin Mohammad Shafiq, setelah kehilangan kandungan yang ke-2 sebelum kelahiran Afiq ketika minggu ke-13. Allah beri pada waktu yang kita telah sedia dan tahu apa yang terbaik buat diri kita. Bertabahlah kerana dirimu terus diuji kerana kamu manusia terpilih.
Ummi tidak pernah minta dilahirkan punyai sakit ini. Mama ummi, seringkali pesan insyaAllah Najat boleh sembut. Buat julung-julung kalinya ummi ingin perkenalkan siapakah diri ummi yang selama ini ummi rahsiakan. Ummi hanyalah insan biasa, yang bisa terluka dengan kata-kata manusia. Kesabaran ummi adakalanya diuji. Adakalanya ummi diduga dengan pelbagai cerca nista manusia. Ummi cuba dan cuba dan cuba untuk tidak simpan di dalam hati.
Ummi selama ini cuba merahsakan identiti diri ummi, Ummi punyai rasa rendah diri yang amat sangat. Ummi tidak hebat seperti orang lain yang mana pelajaran mereka tatkala di masa Ijazah Sarjana Muda dengan kelas pertama. CGPA ummi hanyalah cukup-cukup makan untuk hidup. Ummi tak hebat dan tidak pernah pandai.
Dari kecik ummi mendapat jolokan average student sahaja. Ummi tidak mahu Afiq punyai rasa begitu bila besar nanti. Ummi mahu Afiq pilih sendiri jalan hidup Afiq tapi ummi akan bantu bersama abi. Abi baik orangnya. Sepanjang tempoh mengandugkan Afiq sebut sahaja tempat mana yang ummi ingin pergi dan makanan apa yang ingin ummi makan, habis semua dibawanya.
Ingin aku kongsikan pada kawan-kawan yang selama ini mengikuti blog ini dari zaman UIA hinggalah sekarang, peri-pentingnya mendidik anak sedari dalam kandungan. Maaf jika ada yang enggan bersetuju. Tapi itu adalah cara aku. Wallahi, tidak pernah sekalipun aku menjejakkan kaki ke panggung wayang hinggalah suatu saat yang mana touch down je aku dari umrah, terus keesokan harinya aku ajak adik perempuanku Najihah yang aku panggil Yayah ke panggung wayang di KLCC.
Hingga bertemu di pertemuan akan datang.
P/s: Rindunya hati ini pada teman baikku di UIAM. Apa khabar dia agaknya??? Sudah 2 tahun kami tidak bersua muka.
No comments:
Post a Comment