28 December 2008

~Entry di Hujung Tahun(Part 1)~

Begitu cepat sekali masa berlalu meninggalkan kita semua.Tanpa kita sedari tahun 2008 semakin menghampiri ke penghujungnya.Begitu juga dengan tahun Hijriah yang akan bertukar ke angka 1430H.Sepanjang tahun 2008 ini,apakah agaknya yang telah kita lakukan?Muhasabah dan renungkanlah balik apa yang telah berlaku,yang telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak.Mampukah kita menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh Allah s.w.t nanti?Dari Januari hingga Disember 2008 apakah yang telah kita lakukan dalam membentuk sahsiah diri kita sendiri?

Pelbagai peristiwa yang telah kutempuhi sepanjang tahun ini.Tahun ini juga merupakan tahun aku meninggalkan alam remajaku dan melangkah ke alam dewas.Pelbagai peristiwa dan saat-saat yang berlaku adakalanya membuat diriku tertawa dan adakalanya membuat diriku menangis.Tapi jika dibandingkan antara keduanya pasti tawaku lebih banyak daripada senduku.Jika direnungkan dan diimbas kembali mampukah diriku ini berhadapan dengan cabaran yang mendatang?Setelah pelbagai onak duri yang kutempuhi,mampukah diri ini menjadi lebih kuat dan tidak gentar dalam menghadapi segala macam perkara yang akan berlaku di luar daripada jangkauan mindaku?

Jika kuimbas kembali,adakalanya dugaan itu mampu aku hadapi dengan tabah.Tapi semuanya aku tidak mampu lakukan sendirian.Aku masih perlukan sokongan dan dorongan dari insan yang menyayangi diriku sebagaimana diriku menyayangi mereka.Kadang-kadang aku bertanya pada teman di sekelilingku.Mampukah kita hidup sendirian di muka bumi ini?Jawab mereka,tidak.Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian.Dalam apa jua situasi kita masih perlukan pertolongan.Kerana kita memang dijadikan untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain.'Serulah pada kebaikan dan cegahlah kemungkaran'.

To be continued...


No comments: