29 December 2008

~kEhiLaNgaN~

Tiba-tiba aku merasakan satu kehilangan dalam diriku. Kehilangan yang sering membuatkan diriku bersedih dan mengalirkan airmata. Aku tak suka akan diriku yang begini. Mengapa ianya terjadi? Adakah kerana hanya peristiwa itu? Jika ya kenapa aku enggan biarkan ianya berlalu pergi dariku. Kenapa aku masih mengharapkan ianya kembali? Walaupun jawapan yang pasti telah kuperolehi bahawa ia tak akan kembali padaku? Kenapa?

Biarkan ianya pergi darimu wahai hati. Kelak Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari kehilanganmu itu. Tapi mampukah aku untuk menghadapinya sekali lagi? Aku tak kuat untuk menghadapinya buat kali kedua. Sedangkan luka pertama kehilangan masih belum sembuh sepenuhnya. Beranikah aku? Kuatkah aku? Tegakah aku?

Biarlah kehilangan ini buat satu tempoh yang lama. Satu tempoh yang mampu untukku merawat luka di hatiku. Satu tempoh di mana aku mampu bangkit dari kelukaan kesan kehilangan itu.

"Ya Allah padaMu ku memohon agar dikuatkan hati ini dalam tempoh merawat kelukaan hatiku ini."


No comments: