Selamat datang 2009.Moga kedatangan dirimu bakal memberikan diriku kenangan yang indah yang takkan kulupakan selagi nadi masih berdenyut.2008,aku akan merindui dirimu.Darimu pelbagai perkara yang telah kupelajari dalam mematangkan diriku dan menjadikan diriku insan yang tabah dan sabar dalam menempuhi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.Maafkan diriku 2008 andai sepanjang dirimu bersama diriku banyak kesilapan yang ku lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.2009,jangan kau berasa megah kerana kau menemani diriku tika ini.Masih jauh lagi perjalananku denganmu.Jika tiadanya 2008,kau takkan berjaya mendekati aku.2008 amat berjasa dalam menjadikan 2009 sebagai temanku kini.Mungkin 2009 kau berjaya mengatasi 2008.Tapi 2009,ingatilah satu perkara kerana adakalanya jika diriku ingin kembali ke pangkuan 2008,kau sedarkanlah aku.Hanya dirimu yang mampu membangunkan diriku daripada kenangan 2008.
No comments:
Post a Comment