30 January 2009

~bAhaGiA kINi daN sElaManYa~


Kicauan burung..Tiupan angin..Kerlipan bintang..Sinaran rembulan..
Biasan pelangi..Lambaian pohon..Kepulan awan..Hembusan bayu..

Wah2..apakah maksud ayat di atas agaknya? Masih ingat tentang kata-kataku mengenai angan-angan Mat Jenin bahawa aku ingin menjadi seperti A.Samad Said? Mungkinkah saat itu akan kunjung tiba? Jangan nak berangan la. Belajar pun semput-semput masih ada hati nak bercita-cita setinggi Gunung Everest. Tapi tak salah jika kita memasang impian sebegitu bukan?

Bahagia kini dan selamanya. Tajuk yang agak menarik. Apa agaknya yang menyebabkan ayat itu menjadi entry kali ini? Lately aku senang dengan apa yang aku lakukan. Ketenangan yang jarang sekali aku kecapi sebelum ini. Mungkin dengan kata lain ketenangan yang datang dan pergi tanpa amaran. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Wah2... Apa yang cuba disampaikan agaknya ya? Jangan pernah diduga hatiku. Aik? Apa pulak kali ni?

Tak berstruktur langsung ayat kali ni. Tak tau mana kata-kata aluan dan isi. Berterabur.

Hmm.. kali ni aku nak cerita kat kengkawan tentang aktiviti aku sepanjang cuti Tahun Baru Cina.. Cuti lagi.. banyak betul cuti.. Seperti biasa dengan adanya cuti yang panjang aku mengambil peluang untuk pulang ke rumah tercinta..

Hari Khamis ( 22 Januari 2009 )

"Assalamualaikum abah..kol berapa abah amek Najat?"
"Lepas tengok mama kat hospital."
"Hah?! Mama kat hospital? Kenapa?"
"Mama kena denggi."
"Takde sape pun bagitau. Patutlah call mama xdapat. Hmm..."

Time nak balik aku dikejutkan dengan berita mama kena tahan wad kerana dijangkiti wabak denggi. Alhamdulillah keesokan harinya mama dibenarkan pulang ke rumah.

'Patutlah time balik hari tu (minggu lepas) mama demam xkebah-kebah.'

Hari Jumaat (23 Januari 2009)

"Jom teman aku gie masuk duit kat Bank Islam."
"Ok."

Sampai je aku dan adikku ke Bank Islam ramainya umat tak usah cakaplah.. Amek no 1309.. No sekarang 1223.. Lagi 86 orang.. At last kitorang ambil keputusan untuk selesaikan urusan lain dulu.. Lepas dah beli PIN no untuk borang perguruan, bayar bil telefon, kitorang kembali ke Bank Islam..

"Baru no 1248.. Baru 25 orang.. Jom la gie makan dulu.. Aku belanja.. Laparla.."

Then kitorang pun sekali lagi pergi ke PKNS.. Makan ayam goreng (ala-ala KFC) kat Restoran FC (first time jejak kaki kat situ).

"Ala.. dah lepas 3 orang.. Terlambat sikit je."

Time tu no 1312.. Kecewanya kami menanti dengan begitu lama.. Hampir 2 jam tapi akhirnya no terlepas.. At last, adik aku ajak pergi jalan-jalan kat PKNS (maknanya 3 kali kami berulang-alik ke PKNS and Bank Islam). Lepas dah jalan-jalan kitorang pulang ke rumah..

Dan yang paling mencipta sejarah sekali adalah ketika familyku menghantarku kembali ke UIA.. Kami tak dapat meneruskan perjalanan setelah berhenti berehat di RNR Sg Buloh kerana kereta yang kami naiki mengalami sedikit masalah.. Bayangkan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 40 minit menjadi 4 jam..
Itulah sedikit sebanyak kisah cutiku..


No comments: