"Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan."
Ayat yang sering kita dengar dari sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Dan pastinya kita jua tergolong dalam golongan yang berkata sebegitu. Akan tetapi kita tidak boleh menjadikan ayat tersebut sebagai satu pegangan untuk kita melakukan apa sahaja dengan mengabaikan hukum agama yang sudah jelas. Tapi kita seharusnya berpegang pada kata-kata:
"Seekor kuda tidak akan jatuh pada lubang yang sama."
Seorang daripada kawanku berkata sedemikian. Aku cuba tafsirkan mengikut apa yang aku faham.Seseorang itu apabila dia telah melakukan sesuatu kesilapan, dia takkan ulanginya kembali. Mahukah kita menjadi seorang yang sentiasa gagal? Tiada orang yang inginkan kegagalan dalam hidup mereka. Tapi dari kegagalan jualah kita mampu menjadi seorang yang kuat dan tabah. Dari situlah kita belajar pengertian tidak pernah berputus asa. Dari situlah kita ingin melakukan pelbagai perubahan.
Perubahan yang bagaimana yang kita lakukan?
No comments:
Post a Comment