12 January 2009

~rEchaRginG mOoD~


Assalamualaikum kengkawan semua...

Sepanjang 4 minggu bukanya semester baru bagi Semester 2008/2009 aku masih meletakkan diriku dalam recharging mood. Masih ingat lagi pada entry aku pada tahun 2008 mengenai 3 R yang sering dilakukan oleh manusia? Biar aku ingatkan kembali : Rehat, Rawat dan Recharge. Aku amat suka pada R yang terakhir kerana setiap hari aku akan charge semangat aku untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada hari tersebut. Jika tidak bagaimana aku mampu untuk menghadapinya dengan tenang tanpa merosakkan semangat aku untuk hari berikutnya.

Ramai kawan-kawan yang cakap aku ni moody, sensitif dan sebagainya. Betul ke? Hanya siapa yang pernah mengenali aku dengan rapat yang boleh buat kesimpulan. Tapi apa yang aku ingin tekankan di sini ' Human being is unique creation that we cannot predict their action eventhough we know them for a long time'. Time can changed people. Trust me. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan seharian mampu merubah perlakuan seseorang. Pengalaman merupakan guru yang terbaik. Dari kisah-kisah yang pernah dilalui sepanjang hidup ini mampu membentuk peribadi seseorang.

No comments: