Tolong beritahu si dia aku ada pesanan untuknya....
Tolong beritahu si dia cinta manusia membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong ingatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupanya..
Tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..
Tolong beritahu si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong teguri si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong teguri si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong teguri si dia andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sabarkan si dia usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati keran menjaga batasan cinta..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melukakan si dia..
Tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi
dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Sampaikan pesananku ini sehingga engkau bertemu dengan diriku suatu hari nanti..
P/s:This nice poem i got from my member..cukup terkesan bila membacanya..(crying..)
1 comment:
even ada dah penah baca poem ni,, tapi hati masih lagi tersentuh.. kadang2, bila dilamun cinta,, hati abai pada pencipta.. astaqfirullah..
Post a Comment