09 December 2008

KISAH DINDA

Buat kengkawan yang setia menanti terutamanya Ada..terimalah..haha..nie je yg sempat wat..nanti akn merajinkan diri nie ntuk teruskan menulis..sebarang komen dont hesitate nk publish ye..enjoy ur reading..


Part 3

“Baiklah.Terima kasih adik Qina.Jawapan yang begitu meyakinkan kami.Jika ada sebarang makluman tentang adik terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Steadfast kami akan hubungi adik.Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa adik untuk menhadiri temuduga ini,”kata abang Yasin.

“Sama-sama.Assalamualaikum,” kataku lantas melangkah keluar dari bilik tersebut.Kakiku begitu pantas sekali melangkah menuju ke Mahallah Nusaibah.Begitu berat mata ni rasanya.

‘Macam mana agaknya kuiz ACC 1001 esok’ getus hatiku.

Jika sebelum ini di Pusat Asasi Universiti Malaysia atau lebih dikenali sebagai MCIIUM aku menjadi penghuni Mahallah Khadijah. Pelbagai cerita yang aku dengar tentang Mahallah tersebut yang kononnya merupakan bekas tinggalan Hospital Assunta,Petaling Jaya.Tambah menyeramkan lagi kononnya level 9 dan 10 merupakan bilik mayat. Aku pun kadang-kadang pelik dengan ragam manusia yang mengada-adakan cerita. Entah apa tujuan mereka pun aku tidak tahu. Apapun aku percaya bahawa benda itu wujud.Asalkan kita tidak mengganggu ketenteraman mereka pastinya mereka pun tak akan mengganggu kita.



No comments: