Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, first paper telah berjaya aku tempuhi dengan tenang. Harapannya semoga keputusan yang akan diperolehi menggembirakan hati ini. Subjek yang padaku menyeronokkan akan tetapi kerana 'sukanya' aku terhadap subjek management membuatkan aku terkadang lelah seketika. Mungkin selepas ini aku perlu ubah teknik belajar bagi subjek yang melibatkan pembacaan. Apapun tahniah kerana satu paper telah ditempuhi.
Sekarang yang penting adalah 5 lagi paper yang akan ditempuhi. Pastikan kali ini sifat 'malas' itu dikikis demi kecemerlangan di masa hadapan. InsyaAllah, jika kau fikirkan kau boleh kau pasti boleh melakukannya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Beberapa peristiwa atau kisah yang ingin aku kongsi sementara kerajinan untuk mengupdate blog ada dan masa yang lapang ini. (Lapang ke?)
Peristiwa 1: Presentation MIS
Hari Isnin yang lalu aku berhadapan dengan satu presentation. Pada hematku, persediaan yang ala kadar, dengan masa yang terlalu singkat diberikan untuk menyiapkan projek ini, membuatkan aku sedikit lelah dengan hidup sebagai seorang pelajar.
Tambahan pula, ada beberapa soalan yang perlu aku siapkan tidak difahami, membuatkan aku semakin tertekan. Tapi, sedaya-upaya aku leraikan tekanan dengan meminta bantuan rakan-rakan. Alhamdulillah, dengan tunjuk-ajar dari mereka, aku berjaya menyiapkan juga projek tersebut dalam masa hanya kurang 10 hari. Terima kasih buat rakan-rakan atas dorongan dan bantuan kalian.
Peristiwa 2: Kelas Money Banking
Keputusan kuiz 3 diperolehi. Suasana kelas hingar-bingar. Aku tertanya-tanya kenapa keadaan menjadi begitu riuh sekali. Selepas Sir memanggil nama aku dan memberikan kertas kuiz 3, alangkah terkejutnya aku dengan keputusannya. Markah yang tercatat hanyalah 6/20. Hatiku berkata: Biar betul? Rakan sebelahku bertanya markah yang aku peroleh. Dan dia memberitahuku dia hanya memperoleh 3 markah sahaja.
Setelah selesai Sir memberikan kertas pada semua pelajar dalam kelasku, Sir mengumumkan bahawa markah tertinggi hanyalah 9 markah. Hatiku kuat mengatakan bahawa skema jawapan yang digunakan adalah salah. Selepas dirujuk dan dibincang jawapan setiap soalan, akhirnya apa yang kujangkakan benar. Skema jawapan yang digunakan adalah salah.
Peristiwa 3 : Presentation DS
Hari Selasa yang lalu merupakan kelas akhir bagi semua subjekku untuk sem ini. Hari ini presentation DS berjalan seperti yang dirancang. Pada mulanya, kesukaran untuk mendapatkan tempat ( Seminar Room), menyebabkan ada antara rakan sekelasku meminta untuk menghantar laporan sahaja. Sir menolak cadangan tersebut. Lagipun tidak adil untuk section sebelum kami yang telah present tugasan yang diberikan.
Setelah melihat-lihat kelas yang kosong, akhirnya kami berjaya mendapatkan Seminar Room 6. Bermulalah presentation dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Topik yang dibincangkan adalah sama membuatkan tumpuan rakan sekelasku terhala pada perbualan sesama mereka. Aku pada ketika itu turut melarikan perhatian dan tumpuan pada soalan latihan yang diberi oleh Sir. Hasil tunjuk ajar rakan sekelasku, Alhamdulillah aku berjaya selesaikannya.
Peristiwa 4: Keputusan Final CCAC
Attention to all CCRN Section 3. Final Mark release.
Tajuk e-mail yang dihantar oleh Cikgu Rudi memeranjatkan aku. Cepat-cepat aku melayar masuk ke e-mail tersebut. Dan keputusannya, Alhamdulillah. Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar sepanjang satu semester ini.
"Kita mungkin hanyalah seorang insan pada pandangan dunia, tapi kita mungkin menjadi dunia bagi seorang insan."
No comments:
Post a Comment