Bismillahirrahmanirrahim..
Mesti ramai yang pelik dan hairan. Di kesibukan pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran aku masih sempat mengupdate entry baru. Aku jika tertekan, idea untuk menulis mencurah-curah. Makin banyak tekanan, makin lajulah idea yang akan dilontarkan. Awas!
Malam tadi sebelum tidur, aku rasa macam nak menangis. Tak perlu tunggu lama, air mata turun mencurah-curah. Semua yang ku rasa dan ku pendam, ku hamburkan sekaligus. Biarkan hanya pada malam itu. Walaupun aku telah berjanji untuk tidak menangis hanya kerana perkara yang kecil, tapi malam tadi aku tewas juga.
Sambil menangis, aku merenung gambar kedua ibubapaku.
' Abah.. Mama.. Maafkan Najat kerana sering menghampakan Abah dan Mama. Najat sedaya-upaya lakukan yang terbaik. Doakan Najat mampu untuk mencapainya.'
Aku sering menyoal kenapa, kenapa dan kenapa? Tapi aku masih tidak mempunyai jawapannya. Setiap kali aku pujuk hati ini. Mugkin itu yang telah Allah tentukan untuk diriku. Seharusnya, aku harus bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berada di sini.
Petang tadi aku menerima SMS dari adik perempuanku, Najihah.
Oit! Abah nak datang..
Elok je lepas aku habis membaca SMS tu, Mama call.
Aku: Assalamualaikum..
Mama: Wa'alaikumussalam.. Tengah buat apa? Mama nak datang ni.
Aku: Baru habis makan aiskrim.
Mama: Dah makan?
Aku: Belum lagi.
Mama: Dalam pukul 7 nanti mama sampai.
Aku: Ok.
Hatiku berkata ' Mama tau ke aku rindukan mereka?'
Mungkin inilah yang dikatakan telepati antara anak dan ibu.
Apapun, terima kasih Abah dan Mama.. Najat sayang Abah dan Mama.
Waktu makan malam tadi, Abah bertanya sesuatu. Dan aku menjawab tidak sama sekali. Sekali lagi isu yang sama dibangkitkan. Terkadang aku tertanya, kenapa Abah bertanya tentang perkara ini? Apapun, buat masa ini aku masih tidak mahu berbincang mengenai soal itu. Biarkan waktu yang menentukan segalanya.
Waktu menghantarku pulang ke kolej, adikku yang bongsu berkata,
Syamim:"Amim nak makan crabby patty la nanti."
Aku: "Amim nak makan kat mana?"
Syamim: " Amim nak mintak kat Spongebob nanti."
Mama: "Boleh ke Spongebob bagi Amim?"
Syamim:"Tak boleh."
Ada-ada je la Amim ni dengan lawak dia.
Done..
No comments:
Post a Comment