08 April 2009

~tARapPapa~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah paper yang ke-2 berjalan dengan lancar. Walaupun peratus berjaya menjawab soalan hanyalah 80 peratus, aku berpuas hati dengan cara aku menjawab exam kali ini. Mungkin kerana bersedia atau mungkin juga kerana tiada ganggun dari anasir-anasir yang tak sepatutnya. Semester ini adalah semester yang sangat membahagiakan. Tanpa perlu melibatkan komunikasi yang tidak perlu dan memberatkan fikiran dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Enjoy! Itulah kata-kata yang sesuai bagi semester ini. Semester yang paling enjoy. Suka sangat! Siapa yang kata duka membuatkan kita lemah? Siapa kata kecewa membuatkan kita berada dalam dunia sendiri? Semuanya salah! Suka hati je nak kata salah. Tapi, apapun dengan berlakunya semua perkara itu menyedarkan kembali aku tentang sesuatu. Matlamat, harapan dan cita-cita yang ingin dicapai. Hentikan kedukaan dan kesedihan pasti ada sinar bahagia buat dirimu.

Paper yang ke-3 ni kena bersedia dengan bersungguh-sungguh. Menurut teman-teman yang telah mengambil subjek ni, kata mereka lakukan latihan berdasarkan soalan semester yang lepas. Soalan pada kebiasaannya diolah sedikit sahaja. Benarkah? Kita tunggu dan lihat pada hari Khamis nanti. Tapi, selama latihan yang dibuat, selalu tak habis. Macam mana ni? Sekarang pun tengah stuck di tengah jalan raya. Bahaya ni.... Ini serius!!

"The solution for every problem is faced with it not avoid it."

No comments: