24 August 2009

Sejarah N Memory

‘Apa nak buat malam ni,’ kata hatiku. Macam-macam plan yang bermain di fikiranku. Sedang aku menyusun kembali buku teks Financial Accounting Fundamentals, satu kertas jatuh ke lantai.

‘Eh! Surat interview. Malam ni? Macam mana aku boleh lupa ni,’ soalku pada diri sendiri.

Aku melirikkan mata ke jam tanganku. Jarum jam menunjukkan 10.00 malam. Hatiku berbelah bahagi sama ada ingin pergi atau tidak.

-Salam,sis boleh gie interview lagi ke sekarang?-ain shauqina

-Boleh. Datangla ye dik.-kak farahin

Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi. Aku berpegang pada kata-kata ‘Better late than never’.

“Assalamu’alaikum.Boleh saya masuk?” soalku sebelum melangkah masuk ke bilik 4 bagi sesi temuduga pengambilan ahli baru Student Team Facilitator atau lebih dikenali sebagai Steadfast. Steadfast merupakan sebuah persatuan yang berada di bawah satu unit kokurikulum yang melahirkan mahasiwsa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

“Wa’alaikumussalam,sila masuk dan duduk di kerusi depan kami,” seorang perempuan memberi arahan padaku.

“Terima kasih,” ucapku sambil menghadiahkan sebuah senyuman padanya. Mungkin sister ni salah seorang dari ahli persatuan ni. Sister merupakan panggilan yang digunakan oleh mahasiswa-mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi mahasiswi, manakala bagi mahasiswa panggilan yang digunakan ialah brother.

Ketika itu jantungku berdegup kencang. Mungkin kerana berdebar menanti soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga. Tambahan pula, saat itu merupakan kali pertama aku menghadiri sesi temuduga. Terbayang di layar fikiranku suasana temuduga yang digambarkan salah seorang rakanku yang pernah menghadapinya. Walaupun temuduga ini hanyalah untuk mengambil ahli baru bagi persatuan ini, tapi ianya tetap dinamakan temuduga. Aku menarik nafas panjang bagi menenangkan hatiku.

“Selamat datang ke sesi temuduga pengambilan ahli baru Steadfast,” seorang ahli panel yang berada setentang denganku bersuara memecah kesepian.

“Sebelum kita mulakan sesi temuduga biar abang perkenalkan barisan penemuduga di hadapan adik ni,”sambungnya lagi.

“Baiklah. Nama abang sendiri Abang Yasin. Sebelah kanan ni Kak Maria manakala sebelah kiri pula Kak Syifa’. Sekarang perkenalkan diri adik pada kami bertiga.”

Dengan lafaz Bismillah aku memberikan jawapan yang diajukan padaku.

“Assalamu’alaikum buat Abang Yasin, Kak Maria, dan Kak Syifa’. Firstly saya nak minta maaf atas kelewatan ke sesi interview ni. Nama saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim atau lebih dikenali dengan Qina di kalangan kawan-kawan. I’m first year student from Kuliyyah Economics and Management Sciences.Saya berasal dari Subang Jaya, Selangor. Saya menamatkan sekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS, USJ 5, Subang Jaya, Selangor” jawabku dengan gementar.

It’s ok Qina, don’t be nervous. This is not a formal interview. So, we just make it cool and steady,” kata Abang Yasin menenangkan aku yang kelihatan gemuruh sekali.

Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman pada ahli panel di hadapanku itu.

Sesi temuduga berjalan dengan begitu lancar sekali. Soalan demi soalan yang diajukan aku jawab dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Pelbagai isu yang disoal termasuklah isu yang hangat ketika itu tentang perlantikan Dato’ Seri Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu isu hangat yang dimuatkan dalam media massa mengenai perkahwinan penyanyi popular tanahair Siti Nurhaliza dengan Datuk K.

‘Kenapalah isu ni yang diorang tanya. Cubalah tanya isu yang menarik dan mampu buka minda sikit,’ getus hatiku.

‘ Qina, kenanya Kak Syifa’ tanya tentang isu-isu global sekarang ni, pasti ko tak boleh jawab. Bersyukurlah sikit dengan soalan yang mudah tu,’ hatiku dan mindaku saling bertingkah ingin menegakkan pendapat masing-masing.

“Okay, adik Ain Syauqina binti Ahmad Syamim, cantik nama ni. Akak rasa cukup sampai sini sesi temuduga kita. Soalan yang terakhir, Qina yakinkan kenapa kami harus memilih Qina sebagai ahli baru Steadfast dengan kata lain menjadikan Qina sebahagian daripada family ni,” Kak Syifa’ bersuara sambil melirikkan matanya ke Abang Yasin.

‘Macam ada pape je akak ngan abang dua orang ni,’ aku membuat andaian sendiri.

“Qina..Qina..Ain Syauqina binti Ahmad Syamim?” Kak Maria memanggilku. Aku tersentak mendengar namaku disebut. Aku cepat-cepat mematikan andaian yang bermain di fikiranku.

‘Penuh tu panggil nama aku. Senang kot nak sebut.’

Dengan lagak salah seorang peserta The Apprentice aku meyakinkan ketiga-tiga ahli panel di hadapanku dengan menyatakan sebab mengapa mereka harus menjadikan aku sebagai ahli Steadfast.

“Saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim ingin menyatakan dua sebab kenapa saya harus dipilih. Pertama kerana minat saya datang ke sesi temuduga ini walaupun tanpa ditemani kawan-kawan kerana di sini saya percaya kebanyakan mereka yang hadir adalah kerana adanya kawan. Tapi saya bukanlah mereka, saya hadir atas pilihan sendiri, atas kemahuan sendiri berbekalkan keyakinan bahawa saya akan dipilih. Kedua kerana saya yakin saya mampu menjadi seorang ahli yang baik dan mampu memberi sumbangan dari segi masa dan tenaga bagi memastikan motto Steadfast dicapai “Aslih Nafsak Wad’u Ghairak” yang bermaksud “Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain”. Akhir kata ingin saya tegaskan sekali lagi, pilihlah saya sebagai salah seorang ahli Steadfast.”

“Baiklah.Terima kasih adik Qina.Jawapan yang begitu meyakinkan kami.Jika ada sebarang makluman tentang adik terpilih sebagai salah seorang daripada ahli Steadfast kami akan hubungi adik.Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa adik untuk menhadiri temuduga ini,”kata abang Yasin.

“Sama-sama.Assalamualaikum,” kataku lantas melangkah keluar dari bilik tersebut.Kakiku begitu pantas sekali melangkah menuju ke Mahallah Nusaibah.Begitu berat mata ni rasanya.

‘Macam mana agaknya kuiz ACC 1001 esok’ getus hatiku.

No comments: