06 August 2009

Namun Ku Punya Hati


Bismillahirrahmanirrahim...

Kala jari-jemari menaip patah demi patah bait-bait perkataan, alunan bacaan Surah Al-Anbiya' menemani dirinya. Tika dirinya ditinggalkan sendirian di kamar tempat berteduh saat menempuh hidup sebagai seorang pelajar di Taman Ilmu dan Budi, dirinya terus melayani kesedihan yang mencengkam hatinya. Alunan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Sa'id Al-Ghamidi bagaikan memujuk hatinya. Hindarilah kesedihan itu wahai hati yang sentiasa tabah.

Aku tahu, aku tidak layak untuk bersama dengan mereka. Tapi salahkah jika aku jua turut ingin merasai kemanisan sebuah persahabatan yang mereka kongsikan itu. Sukarkah untuk membenarkan diri ini menyertai kegembiraan yang mereka kecapi itu? Tamakkah diri ini? Hingga ke saat ini, aku tidak tahu di manakah letaknya diri ini pada pandangan mereka.

Kerap kali aku berjanji untuk tidak menangis kerana mereka. Namun, aku tewas dengan air mata yang keluar mencurah-curah ibarat empangan yang pecah. Biarkan bahasa yang ku gunakan tidak difahami. Biarkan iramanya sumbang. Biarkan rentaknya pincang. Aku kecewa. Aku terluka. Aku...aku..aku...

Sukarkah untuk mereka turut mengajak aku menyertai mereka? Beratkah mulut itu untuk mengajak? Hati, sabarlah engkau. Hati, tabahlah engkau. Hati, kuatlah engkau.

Nur: Ke sekian kalinya..kerana mereka, airmata ini mengalir lagi..

No comments: