Bismillahirrahmanirrahim....
Berada di rumah merupakan perkara yang menggembirakan semua insan tentunya. Dan aku juga tidak terkecuali. Pada permulaan, kebuntuan melanda sama ada ingin pulang atau tidak. Kenapa dan apa agaknya yang menyebabkan kebuntuan itu melanda? Teruskan pembacaan kalian hingga ke penghujung. Pasti jawapan akan ditemui. Ya! Formula itu juga yang telah kuaplikasikan dan akhirnya diriku berada di rumah tercinta.
Usai jam 1.00 petang (atau tengahari), hari Khamis 27 Ogos 2009, kumelihat ramai di antara warga pelajar tempatku menuntut meninggalkan kediaman sementara mereka untuk pulang menuju ke rumah masing-masing. Dan aku masih berkira-kira untuk pulang ke rumah. Manakan tidak, jika diikutkan hati tentu sahaja awal-awal lagi aku berkemas pulang. Tapi, mid-term exam CMA menghalang aku berbuat demikian.
'Ketepikan dulu rasa ingin pulang. Fokus! Sekarang adalah masa untuk fokus pada persediaan untuk menjawab soalan yang bakal dikemukakan esok,' getus hatiku.
Itulah yang aku lakukan hingga 5.00 petang 28 Ogos 2009. Alhamdulillah, selesai sudah satu subjek. Kini, tinggal lagi 4 subjek yang berturutan harinya di minggu hadapan. Setibanya di kamar yang kuhuni, lantas kuhubungi ayahku.
"Assalamulaikum abah. Tengah watpe?"
"Wa'alaikumussalam. Yes my dear. Abah dalam kelas sekarang. Nak balik rumah ke? Nanti abah amek,"kata ayahku.
"Erm, nak balik tu memangala. Tapi, nanti bila balik, tak baca buku. Minggu depan ada 4 mid-term,"kataku.
"Ha..yang balik tak baca buku tu siapa suruh Dah tau balik baca la buku. Bukan ada masalah apa-apa pun."
"Ala..abah tau kan, Najat bila balik rumah mananya pernah nak buka buku."
"Dah tak pernah, pernahkan la. Tu pun susah?"
"Abah ni. Ye la. Ye la."
"Ok. Nanti esok call semula tengok macam mana."
Usai menelefon ayahku, persoalan ingin pulang masih berlegar di fikiranku. Soalan yang menuntut jawapan tentunya. Seakan rugi jika tidak pulang ke rumah. Tambahan pula cuti hingga hari Isnin. Akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang juga.
'Assalamualaikum abah, Najat balik esok dengan Muhsin. Gerak dari sini kol 6 ptg.
Alhamdulillah. Lega rasanya dapat membuat keputusan sebegitu. Tentang apa yang berlaku di kemudian hari abaikan dan hanya nantikan apa yang berlaku. Bukankah begitu yang seharusnya dilakukan. Perkara yang masih belum berlaku lagi, mengapa harus sesakkan kepala memikirkannya.
Nur: Alhamdulillah....Tapi kenapa sukar untuk kita membuat keputusan?
No comments:
Post a Comment