Bismillahirrahmanirrahim..
Okay guys, as promised I continue my 'bicara' about soft skill that needed when you're graduating later. Kemahiran ini anda hanya akan pelajari jika anda menyertai mana-mana persatuan yang tumbuh bak cendawan di universiti masing-masing. Jadi, ayuh! Teruskan pembacaan anda semua. Kami bakal graduan yang cemerlang. Yay!!Teruskan ya..Jangan skip2 eh..Hehe..
6. Optimism
Anda harus bersikap pandang ke depan yang jauh dengan yakin bahawa semua pasti boleh dan ada jalan penyelesaian. Dengan kata lain, 'Saya seorang yang POSITIF DAN FOKUS'.
7. Komunikasi
Anda haruslah bijak berkomunikasi dengan orang sekeliling. Baik yang tua, mahupun muda. Baik yang atasan mahupun yang bawahan.
8. Kemahiran Berpasukan
Anda mampu bekerja dalam satu team. Harus diingat, bekerja dalam group adalah berbeza dalam team. Sila rujuk kembali buku Organizational Behavior bagi yang ada.=)
9. Pembelajaran Berterusan
Long-life learning centre. Dengan kata lain, anda mampu mengumpul maklumat dan mampu mentafsir maklumat dengan menguruskannya dengan cara yang terbaik.
10. Mendapatkan maklumat
Seperti di atas, anda mampu untuk mendapatkan maklumat (dengan kata lain experience) apabila anda berpersatuan.
11. Kemahiran Keusahawanan
Mampu mengenal pasti peluang menjana perniagaan.
12. Etika dan moral (Profesional)
Mampu memahami alam sekitar dengan lebih sensitif pada perubahan semasa.
e.g: Memahami etika sebagai seorang fasilitator.
13. Kemahiran Kepimpinan
Mampu menerapkan elemen demokrasi, autokrasi, dan lain2 dalam pimpinan yang dipimpin mengikut kesesuain keadaan. Dengan kata lain tahu 'tackle' hati anak-anak buah masing-masing bagi memudahkan gerak kerja persatuan.
Hah! Amacam? Adakah kemahiran insaniah yang anda miliki telah lengkap sepenuhnya? Jika masih belum, jom sama-sama kita lengkapkan dengan saki-baki masa kita di alam universiti ini. Jadi, saya menyeru anda di samping memperkasakan kemahiran ini dalam diri. Ayuh! Bersama-sama kita menjana kemahiran ini sebelum berhadapan dengan dunia luar. Sebelum menempuh alam yang lebih mencabar, kita harus POSITIF DAN FOKUS masa sekarang.
Nur: Lakukan apa yang boleh dilakukan sekarang dan jangan bertangguh! Positif dan Fokus..
No comments:
Post a Comment