12 January 2010

Lupakan Saja


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Pernahkah kalian merasakan dipinggirkan dan diketepikan tanpa sebab oleh teman anda? Secara tiba-tiba tanpa kata dia menyepi begitu sahaja. Entah mungkin silapnya anda atau bukan, atau mungkin silapnya anda tapi anda tidak sengajakan dan mungkin dianya terlampau mengambil hati akan silapnya anda itu. Pelbagai kemungkinan yang berlaku. Dan pelbagai andaian yang berlaku. Beberapa hari yang lalu dia amat karib dengan anda, dan tiba-tiba dia menyepi dari anda. Beberapa hari yang lalu dia bagaikan kembar siam pada anda, dan tiba-tiba dia seolah-olah tidak pernah mengenali anda. Apakah yang anda-anda semua akan lakukan?

Pernah satu ketika aku menyoal seorang rakan akan soalan ini 'Pentingkah kawan dalam hidup kita?'. Lalu rakan ini berkata 'PENTING!'. Aku meminta penjelasan darinya. Katanya, setelah keluarga kita yang paling akrab dengan kita adalah kawan kita. Ya, aku tidak nafikan bahawa rakan, kawan , teman jua sahabat penting bagiku. Namun, adakalanya aku merasakan adakah aku ini bukan seorang kawan pada mereka? Ah! Enggan aku memberatkan fikiran ini dengan hal remeh-temeh ini. Namun, aku tidak dapat menafi pada diriku akan soal ini lagi. 




Ketika aku blogwalking, tiba-tiba aku terjumpa akan satu coretan yang bertajuk mana pergi kawanku? Coretan sang penulis akan kawan yang saban hari dia hubungi malahan berjumpa secara tiba-tiba menyepi tanpa berita. Tanpa sebab-musabab, tiba-tiba menjauh dari dirinya. Bila agak dah lama, barulah berhubung kembali sang rakan baik pada satu masa dahulu. Kini, semuanya tidak seindah dulu. Bersembang pun ala kadar sahaja. Seolah-olah terlupa akan kisah akrabnya mereka dulu. Lalu penulis berkata, lupakan saja teman yang sebegini lalu carilah teman yang baru atau teman yang sedia ada kewujudannya di sekeliling anda yang tak pernah anda sedari bahawa dia lebih mengambil berat tentang anda. Tak usahlah nak berkecil hati lama-lama dan serabutkan fikiran lagi. Lupakan saja.

Nur: Memaafkan mudah, lalu melupakan juga sepatutnya mudah.

Done, 
Nur Qistina
11 Januari 2010
11.45 PM
Cyber Cafe


2 comments:

Ain bintu Amir said...

ak pon penah kene. sedey woo.. tup2 upenye ade berita lain yg aku tatau. n dgr dr mulot org len plak tu. mmg makian la jwbnye. huhu..

saba kay =)

Nur Qistina said...

biasa la adat berkawan..apapun yang penting kita kenalah menjadikan diri kita kawan yang baik dan sama sekali tak mencontohi karenah mereka itu..

kawan itu memang manis bila kita pernah merasai kemanisan gula bersama-sama..