Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam pagi yang indah buat semua..
Pagi ini indah sekali. Sejuk. Tenang. Damai. Sepi. Sunyi. Belum ramai lagi umat manusia di blok aku ni bangun dan sibuk menjalani aktiviti harian mereka. Rutin harian, pergi ke kelas, menadah telinga mendengar lecture juga menahan ngantuk tentunya. (Seperti yang aku sering buat) Sebut tentang mengantuk aku tertarik dengan sabun mengantuk. Adakah? Hah! Sila teliti ceritaku ini tanpa skip-skip ye. Hehe. Lewat petang semalam menghampiri jam 5.30 petang, aku menarik dan 'memaksa dengan lemah-lembutnya' temanku Teha~~~ menemaniku ke CAC. Dalam perjalanan, ditakdirkan aku 'terserempak' dengan sabun mengantuk. Keberkesanannya? Aku tak tahu. Ada di kalangan kalian yang pernah mencuba? Ayuh! Kongsikan testimoni anda. =)
Ya! Berbalik pada persoalan entry kali ini Sabar: Kekalkanlah. Apa agaknya yang ingin dikongsikan? Teruskan pembacaan anda ya. Terima kasih kerana sentiasa fokus. *Hugs to all of YOU* Sabar. Lima huruf disusun dengan tiga konsonan dan dua huruf vokal, membawa maksud yang baik dan mendalam. Pada aku, definisi sabar adalah kemampuan menahan rasa 'amarah' yang bergelora bak gunung berapi 'Nagasaki' (Wujudkah?Layan~)
Jom aku bawa kalian akan kisah sabar yang berlaku pada aku baru-baru ini.
Adik-adik berebut-rebut meluru masuk ke kereta dan berlakulah insiden yang amat menyesakkan ketenangan aku kala itu. Lalu terlontarlah kata-kata yang agak 'sopan' dan 'enak' didengari dari mulut yang 'sopan' ini. Astaghfirullah, S.A.B.A.R itu ke mana kala ini? Maafkan aku wahai adinda-adindaku. Lalu abah menegurku "Cuba istighfar." Mulut ini menjawab "Dah habis istighfar dah." Astaghfirullah. Ampunkan aku atas khilafku ini Ya Allah. Tiga kesalahan digariskan di sini, kata-kata yang kurang enak, menjawab kata ibubapa dan enggan beristighfar. Astaghfirullah. (Aku memohon keampunan dariMu ya Allah)
Pengajaran dari kisah di atas, jangan pernah merasa anda telah cukup SABAR jika hanya dengan insiden seperti ini membuatkan anda melatah yang bukan-bukan. Aku bukanlah seorang yang sempurna dan ingin menegakkan benang yang basah sentiasa. Andai kata ada kata-kata aku yang menggores hati kalian, tatkala SABAR itu makin menipis, maafkanlah aku wahai teman. Aku tidaklah sempurna.
Tentang SABAR juga, banyak yang boleh dikisahkan. Renung-renungkan dan muhasabahlah kembali, adakah anda cukup SABAR dalam rutin harian kalian. Jika anda telah cukup SABAR, tahniah dan kekalkanlah. Kerana SABAR itu adalah senjata orang mu'min.
Tatkala diuji dia SABAR,
tatkala dipuji dia SABAR,
tatkala suka dia SABAR,
tatkala duka dia SABAR.
Hayatilah. Sesungguhnya sabar itu jamilah (yang membawa maksud cantik a.k.a beautiful)
Nur: Ya Allah, sabarkanlah aku dalam menempuhi hidup ini. Amin~
Done,
Nur Qistina
5 Januari 2010
7.29 AM
No comments:
Post a Comment