Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman..
Tiga Wasiat Abdulllah bin saddad Kepada Anaknya
1. Wahai Anakku, aku telah merasakan seluruh kenikmatan, tetapi tidak ada yg lebih nikmat dari sifat kemurahan hati memaafkan kesalahan org lain.
2. Wahai Anakku, aku telah merasakan seluruh kepahitan hidup, tetapi tidak ada yg lebih pahit dari selalu tergantung kepada org lain.
3. Wahai Anakku, aku telah mengangkat besi dan bebatuan yang berat, tetapi tidak ada yang lebih berat dari memikul hutang.
Justeru wahai teman-teman, pengajaran yang boleh diambil adalah maafkanlah kesalahan orang lain, andai ada di kalangan teman-teman anda terguris dan melukakan hati anda, maafkanlah. Memaafkan itu menunjukkan anda mempunyai jiwa yang besar.
Selain itu, usahlah kalian bergantung harap pada orang lain. Kerana mereka bakal meninggalkan anda suatu hari nanti. Walau janji mereka kata tidak akan meninggalkan anda dan sentiasa menyokong segala tindakan anda, sampai satu masa mereka akan mungkir janji itu. Kelak, diri anda terluka akan janji yang mereka mungkiri itu. Lalu kembalilah pada wasiat yang pertama, maafkanlah mereka.
Di samping itu, andai ada kalian yang berhutang dengan teman-teman, lalu langsaikanlah secepat mungkin. Kerana kita tidak tahu bilakah saatnya kita akan kembali pada-Nya. Justeru teman-teman, hayatilah wasiat ini dengan lebih mendalam, kelak anda akan fahami apa yang dimaksudkannya.

Nur: Andai aku terluka keranamu teman, aku maafkan tanpa bicara, lalu ku cuba lupakan tanpa kesan. Namun, ingatan itu memang pahit. Selagi mampu akan ku cuba melakukannya, kerana aku mahu menjadi mereka yang mempunyai jiwa yang besar. Maafkan aku teman.
Done,
Nur Qistina
6 Januari 2010
5.36 PM
Room That I Love
No comments:
Post a Comment