18 May 2010

Biar Membisu Seribu Bahasa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Terkadang apabila hati terasa sakit, ingin sahaja mulut membalas kata-kata itu. Namun, cepat-cepat diri mengingatkan akan status diri. Hormat yang tua, kasih yang muda. Mengapa sukar mengaku salah apabila apa yang dikatakan itu sebenarnya fakta yang tak dapat dirungkaikan lagi? Hukum yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan walau sezarah sekalipun.

Sungguh aku tak mengerti jawapan apa yang harus diberi. Bahasa apa yang harus digunakan agar difahami. Lagaknya kelihatan seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Sedang dirinya masih bengkok jalannya. Apakah selayaknya diam membisu seribu bahasa cara yang terbaik? Apakah selayaknya membutakan mata, mentulikan telinga, menggelapkan hati dengan semua tingkahnya itu?

Benar, jika diikut rasa hati ingin membalas semua kata-kata itu. Lantas hati cepat-cepat disabarkan dan sepantas kilat istighfar memenuhi sukma dan menguasai diri. Kata-kata ingatan berbaur pujukan memenuhi fikiran.

'Tak mengapalah. Apa yang benar itu ikutilah. Yang batil itu tinggalkanlah. Doakan moga dibukakan pintu hatinya untuk berubah.'

Terasa hati sukar dikawal. Sukar dihentikan dengan kata-kata pujukan.Namun, sentiasa dan tidak putus-putus kalam itu bergema.

'Ya Allah, benar ujian ini bukanlah seberat ujian KekasihMU. Namun, KAU jua maha Mengetahui kemampuan hati ini. Rencana ini telahpun tersurat. Aku redha Ya Allah. Namun, KAU bimbinglah hatinya, dirinya agar setiap butir bicara yang asal dari dirinya itu mampu selari dengan perbuatannya. Aku sedar akan kedudukanku itu. Namun, aku jua insan yang bisa merasai kesakitan dan kepedihan itu.'

Membisu tak beerti kalah. Diam itu terkadang lebih baik. Terkadang bila bibir menutur kata, bakal ada hati yang terluka, dan luka itu harus dibayar kerana punyai harganya. Namun, sampai bila? KESUDAHANNYA?

~ PATAH HATI ~

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Nur: Diam tanpa kata. Bisu tanpa bicara.

2 comments:

jamilah said...

saya suka lagu patah hati tu.. menyentuh rasa...

Nur Qistina said...

Me too..
hanya yang menyelami berjaya memahami..^^,