20 July 2010

Update!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Wah! Lama aku tak update blog ni. Ada alasan nak diberikan? Ada. Sila baca. Ngee~ ^^,

1) Elok je lepas aku tamat practical, terus dah teputus dari internet kat rumah.

2) Masuk je kampus balik, Mr Lappy kesayangan buat problem, tak boleh connect dengan internet.

3) Aku MALAS. Ups! Ya. Ini memang benar. Tiba-tiba rasa malas dah nak update. Mana taknya, dengan internet yang lembab. Bla. Bla. Bla. Bla. [Membebel  macam-macam]

Cukup la tiga kan? Harapnya, lepas ni aku RAJIN balik.Sebenarnya, banyak cerita yang aku nak kongsikan dengan kawan-kawan. Mana taknya hampir 3 minggu lamanya aku tak update. Sikit hari lagi genap sebulan. Takpe-takpe. Nanti, bila aku ada masa yang SANGAT BANYAK sampai tak tahu nak wat apa, aku update sampai kawan-kawan dah tak lalu nak baca. Lagipun, kisah aku ni bukan kisah selebriti mahupun artis. Ups! Tak maksudkan siapa-siapa.

Sekarang ni, masing-masing sibuk cerita isu harga minyak, gula dan barang-barang lain naik. Isu World Cup dah tamat. Spain menang. Belanda kalah. Semua sedia maklum akan hal ini. Sotong Paul pun sedia maklum. 

Mula-mula aku taip entry ni kononnya nak pendek je. Sekali dah melalut-lalut macam-macam isu. Nak taip lagi, tapi aku perlukan rehat sekarang. Malam nanti aku ada kelas sampai pukul 11.00 malam. Al-maklumlah, seorang pelajar yang berdedikasi katakan. Haruslah bersemangat waja mendengar lecture. Bukankah begitu kawan-kawan? Okay, aku undur diri dulu ya.

Petang-petang main bola, 
Nanti-nanti, aku sambungla..

Psst: I dah terikut U la sis..Ish...^^,

2 comments:

diyana said...

Najat!!
laptop awak 'jantan' ye??hehe

Nur Qistina said...

Cik D..Hehe..rasanya la kot..heee..^^,