21 November 2014

Happy Bunch Again!

Dear all my readers,

Ececeh! Gaya macam ramai je yang baca blog ni. Rindu berblogging macam zaman student dulu. Boleh katakan hari-hari ada je updatenya.

Cuti sekolah akhir tahun kini kembali. Hampir tidak percaya dengan diri sendiri yang telah pun berjaya mendidik dan berkhidmat di SRA Seksyen 3 sekolah agama yang dahulunya menjadi tempat aku belajar. 15 tahun masa berlalu. Kejap je. Bagaikan semalam baru melaluinya.

Tajuk pasal Happy Bunch. Masih ingat lagi dengan entry Happy Bunch aku yang sebelum ini? Kali kedua aku mengirimkan bunga buat yang tersayang.


Keadaan bunga sewaktu diterima pada 10 November 2014. Cantik kan bunganya? Wangi pulak tu. I love roses. Especially white in colour.

Gambar di bawah adalah keadaan bunga selepas 10 hari diterima iaitu pada 20 November 2014. Tidak aku sangka masih cantik dan kata hubby masih wangi. Pandai betul jaga bunga tu ya? Suka sangat!


Hah! Cantik lagi kan? Believe it or not. Hihi. Pasu tu beli di Hinode Shop kedai RM5. Kalau lalu depan kedai tu je mesti akan ada orang yang cakap RM5 setiap barang. Hihi.

Weekend ni bakal busy dengan pelbagai aktiviti. Akan mula sibuk update blog nie dengan cerita hidup aku yang sangat berwarna-warni.

Baby dalam kandungan bagi umi makan dan bercuti puas2 ya. Sekarang dah 33 minggu. Kerapkali aku cakap pada Encik Suami tentang kerisauan dan ketakutan aku untuk melahirkan. Dia selalu kata ' Kalau sayang risau abang lagi risau.'

Doakan aku ya kawan-kawan. Tempoh hamilkan anak pertama ni memang sangat indah. Pelbagai pengalaman baru diperolehi.

Najat: Berniaga di hari Ahad di Anggerik Mall adalah aktiviti wajib hingga melahirkan. InsyaAllah moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat anak sulung kami berdua. Amin.


1 comment:

suteraungu87.blogspot.com said...

Suka baca entry ini. Selamba dan bersahaja.salam perkenalan di alam maya najat