Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum to my readers!
Alhamdulillah finally after hectic week in final week school now boleh berehat sekejap even masih kena bertugas di dalam cuti. Mudah kerja guru ini? Be in this field and you'll know how it feels.
Rasa sangat horrible dan disaster bila mana memegang dua kelas yang mana sesi pagi adalah kelas wajib aku dan kelas petang kelas ganti bersalin. Al-maklumlah elaun sebagai Guru Kafa JAIS yang hanya RM1300 tu berapa sangatlah jika nak dibandingkan dengan kos sara hidup pada masa kini.
Dengan harga minyak yang bakal diapungkan pada 1 Disember nanti. Dan pelbagai lagi kenaikan demi kenaikan. Dengan GST 6% yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan. Fuh! Mahu tersekat nafas menghadap kenaikan harga barangan asas dan keperluan yang lain.
Kembali pada cerita sekolah tadi. Masa yang pada kebiasaannya diberi tempoh selama 2 minggu bagi menyiapkan menanda kertas, mengambil markah dan menyiapkan buku rekod kemajuan pelajar menjadi seminggu kerana mengejar akhir tahun yang berbaki hanyalah 5 minggu sahaja selepas Peperiksaan Akhir Tahun lalu.
Life is not easy dear.
Di dalam seminggu aku menyiapkan menanda kertas peperiksaan Tajwid dan Akhlak yang ada 8 bundle setiap satunya mempunyai 38 skrip. Fuh! Rasa nak pengsan dan berpinar-pinar mata menghadap semua tu. Tapi gagahkan juga diri.
Ditakdirkan pada hari ke-4 aku tidak berapa sihat dan mendapa cuti sakit sebanyak 2 hari. Masuk ke sekolah hidup aku huru-hara. Mana nak tanda kertas mana nak kira markah mana nak siapkan buku rekod kemajuan mana. Siapa kata kerja guru ini mudah? Belum lagi mengawal kelas yang mempunyai murid sebanyak 38 orang itu.
Minta maaf jika aku kata ada ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah supaya ada yang menjaga anak mereka sepanjang tempoh mereka bekerja. Langsung tidak mengambil peduli sama ada anak pandai membaca, menulis dan mengaji dan sebagainya.
Apabila tiba hari menandatangani report card akhir tahun baru aku mendapat cerita sebenar kenapa ada di kalangan anak-anak muridku yang tidak mampu membaca al-Quran dan masih tidak mengenal huruf hijaiyah.
Aku seorang tidak mampu menumpukan perhatian pada pelajar yang lemah walaupun adakalanya ketika rehat aku memanggil anak murid yang masih tidak pandai membaca al-Quran mengajarnya mengenal huruf. Alhamdulillah, sedikit sebanyak perlahan-lahan dia boleh membaca.
Pada anak murid yang tidak mengenal huruf aku berpesan balik rumah belajar dengan mak. Tapi bila perjumpaan dengan ibubapa barulah aku tahu cerita yang sebenarnya. Anak muridku ini terabai. Maknya tidak pernah solat dan tidak bertudung. Bila terjadi perkara begini siapakah yang salah sebenarnya?
Aku masih ingat ketika di awal tahun aku enggan bersalam dengan anak2 murid lelaki, Ada yang bertanya kenapa? Aku jawan sebab kamu tidak dengar cakap ustazah. Tapi di akhir tahun aku menerangkan sebab yang sebenarnya. Kamu akan naik Tahun 4 dan akan mencapai umur baligh bagi yang perempuan. Pesan ustazah, keluar rumah atau ke mana-mana pastikan bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat.
Kerjaya sebagai seorang Guru Kafa JAIS memang banyak memberikan aku ruang dan peluang untuk mendidik anak-anak murid menjadi manusia yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk kembali berkhidmat di sekolah aku sebelum ini. 15 tahun meninggalkannnya dan kini aku kembali berkhidmat. Bertemiu kembali dengan ustazah ku yang pernah mengajarku dulu adalah suatu yang amat menggembirakan.
Aku percaya, seoarang guru kepuasannya apabila anak didiknya berjaya di dalam hidup. Paling penting menjadi insan berguna. Bukan sahaja dari segi akademiknya malahan dari segi sahsiahnya.
Akademik cemerlang sahsiah gemilang!
Najat: Life is not easy...

No comments:
Post a Comment