10 November 2014

I Love My Weekend

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum to all my readers.

Eceh! Gaya macam ramai sangat je reader ko Najat. Weekend baru ni I'm super duper busy. Ececeh! Kononnya nak berehat-rehat di kala hari minggu lantaran terlampau banyak kerja-kerja sekolah yang harus diselesaikan. What to do,perancangan tinggal perancangan sahaja.

Start my Saturday morning with Dr Azizan Osman course.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman

Hasil ajakan dan pujukan my dear hubby. Kalau tidak jangan haraplah aku nak pie menghabiskan weekend aku dengan dengan mendengar ceramah keusahawanan ni. Tak kena dengan jiwa aku yang suka cinta-cintun ni. 

Walaupun suatu ketika dulu masa zaman study di IIUM aku merupakan pelajara jurusan Pentadbiran Perniagaan, aku dah pun pelajari teknik-teknik asas dari segi teori. Cuma praktikalnya je tiada. Bagi canlah aku nak menikmati kehidupan yang senang-lenang dan aman damai ni. Baru nak enjoy masa-masa yang ada dengan yang tersayang.

Bukan mudah sebenarnya aku mengambil langkah meninggalkan alam pekerjaan aku yang gah suatu masa dahulu. Bila orang tanya ko kerja mana dengan bangganya aku kerja bank. Wah! Mesti orang ingat gaji ribu-riban itu menjamin kebahagiaan. Tapi tidak pada aku. Kualiti masa aku bersama keluarga dah kurang.

Langkah berani aku ambil dengan menghantar surat berhenti kerja tanpa menoleh ke belakang lagi. Hasil istikharah aku ketika di bulan Ramadhan tahun lalu. Dengan 3 bulan notis, akhirnya aku meninggalkan bumi Kuala Lumpur dan berkhidmat di tempat tinggalku Shah Alam tercinta!

Klinik Dr Azizan ini sebenarnya banyak perkongsian menarik yang mana dikongsikan olehnya tentang jatuh bangun hidupnya sebagai seorang usahawan. Tentang bagaimana akhirnya beliau tersedar dari lena yang panjang.

Seorang gurunya yang mengajar tentang teknik usahawan yang tidak tahu membaca dan hanya tahu berbahasa Mandarin sahaja. Kelebihan yang ada pada Dr Azizan Osma yang mampu berbahasa Mandarin membuatkan beliau berguru dengan Peter Low.

Haaaaa...tentang apa yang diceritakan dan dikongsikan oleh DAO aku akan update dalam entry khas. Sekarang aku cuma nak cerita tentang kisah weekend aku yang sangat seronok nie. Hihi.

Melawat Rumah

Semua orang mahu memiliki rumah sendiri bukan. Aku dan encik hubby juga tidak terkecuali. Jadi aku dan encik hubby berusaha keras untuk mencari rumah untuk kami diami dan belajar untuk berdikari jika diizinkan oleh Allah. 

Sekarang aku masih duduk bersama dengan parents aku. Sayang nak tinggalkan rumah yang telah pun aku diami hampir 16 tahun ni. Banyak kenangan yang tercipta, namun aku telah pun berumahtangga jadi aku haruslah redha mengikut ke mana sahaja suami aku nak bawa aku tinggal bukan?  

Aku doakan agar Allah permudahkan urusan kami bertiga (Aku, encik hubby dan permata hati kami yang akan coming soon, InsyaAllah doakan kami) untuk memperolehi rumah sendiri. Boleh deco sendiri. Hias sendiri. Dan macam-macam lagi perancangan. 

Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana dikurniakan parents yang amat memahami kedudukan kewangan kami yang masih lagi bertatih membina keluarga sendiri. Sayang memang amaaaaat sayang untuk aku melangkah pergi dari rumah ini. Tapi hidup mesti diteruskan.

Di kesempatan yang ada ini, aku cuba berbakti selagi boleh. Membantu mana-mana yang perlukan bantuan aku, Aku tidak mahu dikatakan anak yang tidak mengenang budi ibubapa aku yang bersusah-payah mendidik dan membelai aku sedari kecil lagi.

Bila mana aku sendiri bakal memiliki permata hati, sedikit sebanyak aku dapat menyelami hati mama dan abah yang mahukan anak-anak yang berjaya bukan sahaja di dunia malahan di akhirat. Seiiring sejalan semuanya. 

Aku bertuah kerana masih ada mereka berdua. Sedaya mungkin aku menyenangkan hati mereka dan tidak membebankan mereka dengan masalah aku. Aku masih punya 4 orang adik yang masih perlukan perhatian mama dan abah. 

Sebagai kakak sulung, berat sebenarnya tanggungjawab yang aku pikul. Tapi dah takdir aku ni adalah kakak dan bukannya adik. Walaupun orang selalu kata aku adik bila jalan dengan adik perempuan aku Najihah, Al-maklumlah aku kan awet muda gitu.

Yayah sila jeles dengan kakak kamu nie, Wakaka.

Kunjungan Rakan Hubby

Malamnya kami dikunjungi oleh saudara Hezry (artis ni) dan isterinya Izzah. Memang niat aku nak masak spagheti sebab dah lama tidak masak. Dan mood memasak datang bila aku stress.Syok masak ni sebab ala-ala terapi minda gitu.

Habis licin spagheti aku sampaikan adik aku Syahmi nak ulang makan dah tiada. Jangan sedih ya, nanti kakakmu yang garang tapi baik hati nie masak lagi. Masa aku siap masak boleh pulak adik bongsuku Syamim kata tidak cukup dan nampak macam sikit.Walhal selama ni banyak tu yang aku masak.

Berbalik pada kunjungan rakan Hubby. Seperti biasa topik yang dibincangkan adalah bisnes. Hubby aku ni kalau bab-bab bisnes memang dia minat sangat-sangat. Hinggakan dia dah tabur modal pun dalam perniagaan Najat's T-Muslimah yang aku mulakan secara kecil-kecilan. Sleeping partner la katakan. Hihi. Ups! Marah betul bila aku cakap gitu. Sampai tarik muncung.

Petang tadi pula, sekali lagi dikunjungi dengan ex-housemate Hubby yang banyak membantu perjalanan semasa majlis pernikahan kami bulan Mac yang lalu. Mak mentua aku tidak habis-habis memuji sikap ex-housemate Hubbyku ini. Baik budaknya. Haha.



Setiap kali aku balik Keratong ada je cerita yang sedikit sebanyak terselit pasal Fariz nie. Untung siapa dapat dia, pandai ambil hati orang tua. Ececeh! Hah, sekarang bakal jadi Deputy Head di sebuah kolej swasta (Ke universiti ya?). Untungla rezeki masing-masing kan. 

Mengidam epal asam boi dan pelam epal asam boi. Sudahnya sebelum balik tadi dalam kegelapan malam sempat lagi kait buah pelam epal. Balik-balik proses dan buat pelam epal asam boi. Tak dan peram abes dah kena makan. 



Sama la kesnya dengan aku petang tadi yang buatkan epal asam boi request daripada encik Hubby. Sudahnya habis sebalang licin dikerjakan oleh encik Hubby dan adik-adik. Hai kome nie la, semua nak nanti hidang. Kalau tidak hidang jangan mimpi la habis seplastik buah epal yang abah dah lama beli tu.



Nasib baik korang dapat kakak garang lagi rajin macam aku. Kikiki.

Wah! Panjangnya entry weekend aku kali nie. Kerja sekolah kena siapkan. Dah janji nak hantar esok. Siapa kata jadi cikgu ni senang? Memang aku nak ketuk kepala sorang-sorang. 

Najat: I love my family and my weekend!

Pssstt.....plan dating kita tidak jadi lagi la nampaknya kan? Bila eh encik suami? =p


No comments: