15 April 2010

Special for My Sayang~ Ngee ^^,

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Ahha! Jangan nak bergosip waktu kerja pulak kay? Hehe. Bos bagi kerja sila siapkan ya. BAIK BOS!   Okay. Aku tahu yang korang tunggu update cerita dari aku. Hehe. Suka nak perasan kan. Biarlah I punya suka la. Janji I gembira. Yay! Mari kita berdansa.

Sebelum tu, aku nak komen dulu isu yang sangat 'hot' sekarang ni. Dah la cuaca pun 'hot', lepas tu ramai yang bikin gua panas la. Dah suka-suka buat anak, yang korang pergi campak anak korang masuk dalam tong sampah tu apasal?! Ni yang gua marah ni beb. Haila, itu orang ha, tarak ada otak loo. Hah! Kan dah lain macam gaya bahasa aku ni. Tu la, setiap sesuatu larangan yang telah Allah perintahkan itu ada sebabnya. Kalau tak ikut, tengoklah apa yang jadi. KUCING PUN TAHU SAYANG ANAK. Hmm. Tak tahulah. Aku pun jadi 'PANAS' dengan benda ni. Mak ayah hantar suruh belajar, jangan la nak buat benda yang bukan-bukan. Isu khalwat la, isu bersekedudukan la. Hmm. 

 Okay la. Stop tentang isu panas-panas ni. Tak pasal-pasal dari sihat walafiat terus kena DARAH TINGGI aku ni. Nau'zubillah. Mintak dijauhkan dari semua ni. (Ya Allah, peliharalah kami dunia dan akhirat. Amin)

Tajuk asalnya, aku nak ucapkan terima kasih to my sayang Cik Faradilla Mohd Hamdan. Dia sekarang tengah tanam anggur kat rumah. Harapnya, sempatlah aku merasa anggur yang dia tanam tu. Lokasi di mana dia berada, tak dapat aku nak pastikan. Tunggu dia komen je la nanti. Mana la tahu dia sudi nak roger aku kat sini. Owh ya! Sekarang ni, dia bukan 'budak sekolah' dah. Dia dah jadi pekebun terhormat. Tak pun, aku bagi 'up' sikit, dia dah jadi peladang berjaya. Ala-ala dalam Farmville tu. Amacam?! Hehe. 

Special nya kat sini, aku nak rakamkan jutaan terima kasih. Bak kata apa tu 'Berjuta-juta lemon' kat Cik ni la. Cik lagi tau. Puan? Owh! Tu kena tanya dia la. Aku ni tak suka nak bergosip. Pillow talk semua tu tak main la. Maklumlah, dah tak cukup korum. Masing-masing bakal menamatkan zaman single-mingle mereka. Ramai yang tengah beratur nak 'melamar' mereka-mereka ini. Ada yang peguam la, PTD la, legal advisor la. Sampai pening nak pilih yang mana satu. Senang cerita osom je la. Alaa..yang gunting batu kain tu. Kalau moden sikit, pistol, burung, air. 
Sebenarnya semalam, aku nak update pasal cane pengalaman bekerja. Eh! Silap, berpraktikal. Tapi, tenet pulak main aci sorok macam chipsmore tu. Kejap ada, kejap tak ada. Aku pulak dah mengantuk sangat malam tadi. Last-last, tido la jawabnya.

 My sayang hadiahkan pokok ni kat aku. Baja dengan kasih sayang, siram dengan demam rindu. Macam tu ke sayang? Ngeh3

Nur: Sayang kamu. Rindu kamu. Dekat di hati. Gege...=P

2 comments:

Anonymous said...

hehe.. slamat bkerja kak~~
=D

Nur Qistina said...

thank u..mesti ifa kan? ^^,