11 April 2010

Selamat Praktikal Kawan-kawan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Esok (12 April 2010) merupakan hari pertama aku melaporkan diri di tempat praktikal selama 3 bulan. Kena ingat ni. Sejarah SPM 2010 tanya kot soalan ni. Haha. Gurau ja. Untuk menjawab soalan Sih Sayekti Ngadimun (Saja nak femeskan Sih kat sini. Jangan marah. Hehe), aku akan berpraktikal di INTEKMA Resort selama 3 bulan. Masuk kerja pukul 9.00 pagi - 6.00 petang (Masak woo..Huhu. T_T) pada hari Isnin- Jumaat dan 9 pagi hingga 1 tengahari pada hari Sabtu. (Waa.. dah tak cuti Sabtu Ahad..sob..sob). Berdebar? Itu pasti. Dub dab. Dub dab. Dub dab (Speed 5) Cuak kot. Apapun bertabah!!

Aku akan ditempatkan di bahagian Sales & Marketing Department. Tentang job scope kerja aku ni, akan aku ceritakan bila aku balik dari kerja esok ya kawan-kawan. Bawak bersabar ya. Hehe. Hari Jumaat hari tu, aku sempat melawat-lawat tenpat praktikal aku ni. Bak kata orang site visit. Cewwah! Macam lawat tapak projek berjuta-juta je gayanya. Ala.. Apa salahnya. Bagi can la aku nak berangan mat jenin. Yang korang jeles sangat ni kenapa? Ada aku kesah? Gaga. [Lady Gaga] =)

Okay la kawan-kawan. Malam dah nak melabuhkan tirai ni. Mata aku pun dah macam biskut masuk angin. Kata orang Jawanya (Refer pada my sayang, Faradilla Mohd Hamdan- yang apa khabar agaknya dia ni. Maklumlah, orang bakal jadi PTD. I ni budak sekolah lagi. =P) dah lemau. Kalau makan biskut lemau ni pe rasa agaknya? Tak sedap kan? Jadinya, aku harus la melabuhkan kepala atas bantal, baca doa, pejam mata, dan masuk ke alam mimpi. Yay! Moga diberi ilham tentang esok. Huhu. 

Doakan aku ya kawan-kawan. Aku ni, dahla pemalu orangnya, pendiam, suka duduk bawah tempurung macam Keroro tuh. Gaga. Okay, tanda aku semakin mengarut. Bak kata my sayang lagi 'Mengarutlah ko' Pssttt..Jangan gitau my sayang tau. Dia ni 'senget' sikit. Haha. [nota: jangan marah-marah sayang, nanti diambil orang.] Aku tau salah, biarlah, aku punya suka la nak tulis apa. Suka je nak sibuk korang ni. Sibuk ja. Huh! Menyampah I dengan you ni tau. Hehe. =P



Nur: Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini. Amin..

No comments: