15 February 2011

Semangat Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari ni takde apa pun yang nak diceritakan. Cumanya aku sejak akhir-akhir ni rasa berbolak-balik je hati. Rasa cam nak menangis je kerjanya. Hate this feeling. Aku dah benti keje. Aku sendiri pelik dengan diri aku yang ambil keputusan yang mendadak itu. Tak tahulah. Tiba-tiba rasa hilang semangat. Rasa macam ada benda yang kurang dari dalam diri ini.

Adakah sebab perkara 'itu' lagi? Come on lah Najat. You've promise that you won't said it again right? So, what's wrong now?!

Kadang-kadang aku rasa seperti tindakan berhenti kerja secara mendadak tu salah. Tapi, aku kena tetapkan hati dan pendirian aku bahawa itu yang terbaik untuk diri aku. Mungkin tempat aku untuk mencurah keringat tulang empat kerat bukan di situ. Bertabah! 

Aku sekarang dalam proses mengembalikan semangat yang hilang dalam diri ni. Aku perlukan semangat itu untuk teruskan hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni. 

Sebut tentang hilang, Alhamdulillah, barang yang hilang yang aku cari tu dah jumpa. Terima kasih buat kawan-kawan yang tolong doakan agar aku jumpa kembali barang itu. Kali ni, aku pohon doa kawan-kawan untuk semangat yang hilang pula. Tak salah kan?

Nur: Ya Allah, kembalikanlah....T__T

1 comment:

Ku Nonie said...

u can do it dear!!! hwaiting!!