13 January 2015

Aku Isterinya Part 3

Assalamualaikum...

Ke hadapan pembaca yang budiman.

Menyambung kembali perkenalan aku dengan encik hubby. Siapa yang kenal aku tatkala di zaman universiti tahu akan kelantangan aku bersuara. Dan sikap itu amat sukar diubah. Ini kerana aku seorang yang berani menyuarakan pendapat aku yang aku rasakan benar dan relevan.

Aku jenis yang berani menanggung risiko. Pendek kata aku tidak tahu erti takut. Tapi bukan bermakna aku langsung tidak takut. Ada hal yang aku takut untuk mengambik keputusan. Aku masih ingat tatkala aku di alam universiti, terjaga di tengah malam hari aku perlahan-lahan membentangkan sejadah merah hati kesayangan aku yang dihadiahi oleh kedua orang tuaku itu.

Menadah tangan dan sujud memohon petunjuk di sepertiga malam. Aku insan yang lemah memohon keampunan daripada Sang Pencipta. Memohon agar dipertemukan jodoh yang baik.

Aku pernah bermimpi beberapa hari berikutnya namun mimpi itu tidak jelas. Ya. Bersabarlah dan teruskan pengajianmu Najat. Aku masih ingat tentang sekembalinya aku daripada umrah, ujian yang sama Allah timpakan pada aku. Demam panas yang panjang dan kemudian warded selama hampir seminggu juga.

Kisah yang berulang kali menyebabkan aku amat benci akan sejarah. Siapa kata sejarah tidak mungkin berulang? Siapakah kamu untuk berkata sedemikian. Hatta di dalam Al-Quran juga Allah ada menyebut tentang ini.

P/s: Mulailah fahami diriku ini. Daku akan cuba memahami dirimu perlahan-lahan. Leraikan sengketa lama.

No comments: