Bismillahirrahmanirrahim...
Ke hadapan semua pembaca yang budiman. Aku bukanlah sempurna. Aku punya banyak dosa dan kekhilafan. Allah telah menetapkan dan mencipta manusia itu dengan sifat pelupa. Seringkali aku mengingatkan teman-teman dan ahli keluargaku selagi mana aku masih diberi sifat ingat, bangkitkan dan sedarkan aku. Aku ini banyak dosanya jika nak dibandingkan dengan insan lain.
Tatkala aku menaip catatan rindu dari hatiku. Setulus hati Najat yang menginginkan kawan-kawan lama bersatu kembali. Lupakan sengketa lama. Wahai temanku di Sarawak, adakah dirimu masih marahkan diriku ini. Mungkin kematian anakku pada tahun lalu salah satu disebabkan dirimu masih tidak memaafkan kesalahan diriku tidak mengkhabarkan tentang aku ingin bernikah pada 2013. Itu semua cerita lalu.
Kata suamiku, bukalah buku baru sayang. Biarkan yang lalu berlalu. Ada orang yang masih tidak memaafkan kita itu abaikan. Kita dah meminta maaf. Di bulan yang mulia, bulan kelahiran junjungan Rasullah s,a.w, aku menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan buat yang mengenali diriku. Aku adalah Najat yang kalian kenali,. Dulu, kini dan selamanya masih begitu. Aku bimbang andai aku bakal berhadapan dengan maut buat kali yang ke-2 aku tidak sempat memohon kemaafan daripada kalian.
Kata orang apabila kita dah bersalin nie Allah basuh dosa-dosa kita. Seolah-olah kita buka buku baru seperti bayi baru lahir. Allah! Betapa aku merindui Shauqi. Maaf, Sampai bila-bila rindu ini akan terpahat kekal di hati. Aku bukanlah meminati subjek Sejarah akan tetapi aku amat kuat daya ingatan tentang sejarah dan tarikh2 penting yang berlaku di dalam ahli keluargaku.
Aku jenis yang akan mengambil tahu bila aku mahu. Bila tahap aku langsung tidak mahu ambil tahu, orang sekelilingku kena mula bimbang. Aku boleh berhenti bernafas jika aku mahu. Aku selalu bergurau dengan abah, " Najat boleh berhenti bernafas 1000 tahun" kataku pada abah kesayanganku. Jika mahu, tetapi kerana memikirkan orang sekeliling, aku memohon agar Allah memanjangkan usiaku.
Alhamdulillah, aku diizinkan untuk hidup kali yang ke-2. Pesan aku, jangan mengumpat keji manusia bila mana tidak berpuas hati dsb. Aku jika mahukan sesuatu aku akan buat hingga habis. Aku tidak suka sikap bertangguh.
"Demi masa....Al-Asr 1-3"
Aku masih ingat, tatkala aku berada di UIAM Gombak, sesampai je pada surah An-Najmu, yang menceritakan tentang suka dan duka aku menangis semahunya. Bukan mahu dikatakan kebetulan dan sebagainya. Tapi aku amat menyukai cerita My Girl sedari dulu kerana ada part yang Joo Yoo Rin ambil bintang dan sempat disambut oleh Seoul Gong Chan.
Ada satu lagu di dalam cerita nie yang mana Never Say Goodbye. Selagi aku belum menggembirakan orang sekelilingku, aku memohon agar Allah memanjangkan usiaku. Jika aku banyak melukakan hati orang sekelilingku, biarlah aku pergi buat selamanya. Itu yang terbaik.
Nama ayahku Hamdan
Nama aku Najat
Hamdan di permulaan doa.
Najat di pengakhiran doa.
"Ya Allah, satukanlah seluruh umat Islam"
p/s: Awak baca ke blog saya nie? =p
No comments:
Post a Comment