23 January 2015

BMM Perlukan Rawatan

Assalamualaikum...

Ke hadapan semua pembaca yang disayangi,

Alhamdulillah aku telah pun selamat lepas daripada tempoh berpantang 44 hari pada hari Selasa 20 Januari 2015. Sepanjang tempoh berpantang rasanya aku adalah insan paling degil dan tidak mendengar kata.

Walaupun tempoh berpantang 44 hari telah pun tamat aku masih teruskan pantang hingga 100 hari untuk memastikan badan aku betul2 kuat. Aku akan mula bekerja dan melapor diri di SRA Seksyen 3 pada 9 Februari 2015, Isnin.

Berbalik pada tajuk asal kita. Aigoo, jauh sungguh kita melalut. Patutnya aku adakan satu entry tentang berpantang dan bersalin yang aku alami sendiri. Hubby aku kata aku tulis syok sendiri. Takde structure langsung.

Nampak gayanya saya kena mula belajar balik cara membuat karangan yang bagus. Hihi. Ada pengenalan, ada isi dan ada kesimpulan. Suka hati aku la nak tulis macam mana pun. Hubby aku jeles la tue. Ngee. Ampunkan saya wahai Encik Hubby. :p

BMM perlukan rawatan susulan. Ini pun dah tertangguh dek belum gaji. Duit simpanan aku habis tatkala aku berpantang hari tu. Tanpa sedar banyak duit yang digunakan sekiranya kita berpantang.

Sekarang aku berada di Intan Matang Service Centre di Seksyen 25. Setelah 2 kali aku service di Auto Shared Service Centre aku beralih arah setelah ramai yang recommend tentang tempat servis ini.

Alhamdulillah setakat aku servis di sini (Walhal ini kali ke-2) aku berpuas hati walaupun ramai. Bukan apa, di tempat servis sebelum nie aku semacam serik kerana ada tanda kenangan yang aku dapat di badan BMM kesayangan yang dibeli hasil titik peluh aku bekerja.


Nur: Ada kala kita gembira, ada kala kita berduka. Hakikatnya Allah mahu kita melihat dunia yang luas ini dengan hati terbuka dan minda yang sihat.

"Ya Allah, aku memohon kesihatan yang baik bagi tubuh badanku dan fikiranku."

No comments: