Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada pembaca yang di sayangi.
Lama betul aku tidak mengupdate blog kesayangan. Cadangnya nak selak langsir baru. Namun biarlah dulu hingga aku betul2 sembuh dan habis berpantang. Akhir Disember 2014 aku diuji.
Kronologinya bermula begini:
Sabtu 29 November 2014
Aku mula rasa tidak sedap badan dan badanku mula berasa panas. Pada hari itu aku mula hilang selera makan dan muntah teruk. Satu makanan pun aku tidak mampu telan.
Ahad 30 November 2014
Aku kerap bangun dan muntah. Berulang-alik ke tandas tanpa aku sedari itu sebenarnya adalah tanda mahu bersalin. Suhu badan aku mendadak naik. Ahad Klinik Najat tutup. Kami singgah ke Klinik Bersalin An-Nur. Tapi di sini hanya menerima kes emergency. Sedangkan kalau ikutkan waktu tue aku dikira emergency kerana aku siap bawa kad pink aku bersama.
Sudahnya aku memutuskan hanya pergi makan di Restoran Syed Seksyen 3 dan terus pulang ke rumah. Makan apa yang ada dah lewat malam pun masa tue kan. Tapi yang pasti aku kerap minum dan kerap membuang air. Aigoo. Awat nie Najat?
After makan kami balik rumah. Tapi aku masih tidak dapat tidur.
p/s: Sebut pasal pink colour. Hihi now I am in love with my hubby. Abes sume umah parents aku nie aku cat warna pink. Aigoo. Pantang nampak warna pink. Aku kan sedang berpantang nie. Hihi. Suami aku tiap kali nampak pink colour tue mesti akan gelakkan aku. Oh! Please. Orang pantang macam aku nie MANJA tolong jaga hatinya dan jangan sebut kata-kata tidak baik.
Memandangkan sekarang aku seorang Ustazah, aku akan menasihati diri aku dan kaum keluargaku bahawasanya "Doa itu senjata orang Mu'min"
No comments:
Post a Comment