For da 1st time aku post karyaku..erm..just suka-suka n untuk meminta pndgn kengkawan tentang penulisanku ni..before nie dah banyak yg aku tulis tapi semuanya hilang..huhu..pepun hope kengkawan bley bagi komen bout it..n ur comment will help me improved..n hope kengkawan bley support aku dlm memenuhi impian 'seseorg' yg dah lama xkutemui..
PART 1
‘Apa nak buat malam ni,’ kata hatiku. Macam-macam plan yang bermain di fikiranku. Sedang aku menyusun kembali buku teks Financial Accounting Fundamentals, satu kertas jatuh ke lantai.
‘Eh! Surat interview. Malam ni? Macam mana aku boleh lupa ni,’ soalku pada diri sendiri.
Aku melirikkan mata ke jam tanganku. Jarum jam menunjukkan 10.00 malam. Hatiku berbelah bahagi sama ada ingin pergi atau tidak.
-Salam,sis boleh gie interview lagi ke sekarang?-ain shauqina
-Boleh. Datangla ye dik.-kak farahin
Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi. Aku berpegang pada kata-kata ‘Better late than never’.
“Assalamu’alaikum.Boleh saya masuk?” soalku sebelum melangkah masuk ke bilik 4 bagi sesi temuduga pengambilan ahli baru Student Team Facilitator atau lebih dikenali sebagai Steadfast. Steadfast merupakan sebuah persatuan yang berada di bawah satu unit kokurikulum yang melahirkan mahasiwsa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
“Wa’alaikumussalam,sila masuk dan duduk di kerusi depan kami,” seorang perempuan memberi arahan padaku.
“Terima kasih,” ucapku sambil menghadiahkan sebuah senyuman padanya. Mungkin sister ni salah seorang dari ahli persatuan ni. Sister merupakan panggilan yang digunakan oleh mahasiswa-mahasiswi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi mahasiswi, manakala bagi mahasiswa panggilan yang digunakan ialah brother.
Ketika itu jantungku berdegup kencang. Mungkin kerana berdebar menanti soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga. Tambahan pula, saat itu merupakan kali pertama aku menghadiri sesi temuduga. Terbayang di layar fikiranku suasana temuduga yang digambarkan salah seorang rakanku yang pernah menghadapinya. Walaupun temuduga ini hanyalah untuk mengambil ahli baru bagi persatuan ini, tapi ianya tetap dinamakan temuduga. Aku menarik nafas panjang bagi menenangkan hatiku.
“Selamat datang ke sesi temuduga pengambilan ahli baru Steadfast,” seorang ahli panel yang berada setentang denganku bersuara memecah kesepian.
“Sebelum kita mulakan sesi temuduga biar abang perkenalkan barisan penemuduga di hadapan adik ni,”sambungnya lagi.
“Baiklah. Nama abang sendiri Abang Yasin. Sebelah kanan ni Kak Maria manakala sebelah kiri pula Kak Syifa’. Sekarang perkenalkan diri adik pada kami bertiga.”
Dengan lafaz Bismillah aku memberikan jawapan yang diajukan padaku.
“Assalamu’alaikum buat Abang Yasin, Kak Maria, dan Kak Syifa’. Firstly saya nak minta maaf atas kelewatan ke sesi interview ni. Nama saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim atau lebih dikenali dengan Qina di kalangan kawan-kawan. I’m first year student from Kuliyyah Economics and Management Sciences.Saya berasal dari Subang Jaya, Selangor. Saya menamatkan sekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS, USJ 5, Subang Jaya, Selangor” jawabku dengan gementar.
“It’s ok Qina, don’t be nervous. This is not a formal interview. So, we just make it cool and steady,” kata Abang Yasin menenangkan aku yang kelihatan gemuruh sekali.
Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman pada ahli panel di hadapanku itu.