01 January 2013

1 Januari 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

 Rezeki hari terakhir 2012


Alhamdulillah. Kalendar tahunan berganti lagi. Kini 2013 menjengah tiba. Looking forward for a bright future ahead. Tidak sabar rasanya melalui hari demi hari dalam tahun 2013 ini. Doanya semoga kisah 2013 adalah memori terindah yang terukir dalam diari hidup seorang aku. Nervous!

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia yang mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada waktu siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan. Kemudian kepada Allah kamu akan kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

[Al-An'am: 60]

Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi ruang dan kesempatan menghirup udara dalam ni'mat iman dan Islam pada tahun 2013 ini.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

#Perubahan datang dari hati yang ikhlas#





Minum petang di hari pertama 2013. Apam balik, tepung pelita, popia basah, dangai dan putu bambu!



Nur: Ya Allah, moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya buat diriku

29 December 2012

You're Just Nobody

Bismillahirrahmanirrahim...

Menimbang sama ada mahu mencoretkan tentang ini atau tidak. Ya. Aku putuskan untuk ianya dicoretkan di sini. Walaupun selayaknya ianya harus terkubur begitu saja.

Mengharap? Harapan?

Jika aku kata ya seolah-olah aku memerangkap diri sendiri ke dalam satu daerah yang asing bagi diriku. Lalu aku memutuskan untuk tidak mengharap dan harapan yang padaku baru mula muncul bibit-bibitnya terhapus begitu sahaja.

Mudah bukan untuk memutuskan suatu harapan itu? Hanya katakan saja berhentilah berharap maka putuslah suatu harapan itu. Harapan itu yang pada asalnya tidak pernah wujud secara semulajadi, ianya wujud dek disokong dengan keadaan sekeliling.

I am complicated person?

Aha! Still you don't know me very well. I'm not complicated person but it was YOU!

Maaf, aku kira sudah selesai semuanya tanpa ada suatu pun yang terselindung. Namun, percaturan aku silap. Hanya timbul salah faham di situ.

Aku tidak akan berharap pada harapan yang sama sekali tidak berpihak pada aku. Bagiku mudah saja, jika berani bermain dengan api, bersedialah dengan segala kemungkinan yang mendatang. Sama ada akan terasa bahangnya, terbakar mahupun rentung.

Nur: I really mean it that You are just nobody to me.

28 December 2012

Cuti. Cuti. Cuti. Uyay!

Bismillahirrahmanirrahim...

Uyay! Syoknya cuti~ Weeehuu... 

I am on leave from 21 December 2012 - 28 December 2012. 

Wow! Happy. Happy. Happy!! Tambah 2 hari lagi Sabtu dan Ahad, jadinya cuti sampai 30 hb pastu keje sat sehari cuti lagi! 

2013.

It is just around the corner.

Tik. Tok. Tik. Tok.

Oh! I should make a new wishlist then or just continue and bring forward the previous list. Tu dia aih! Kemain lagi dok ada wishlist bagai. Ngee. Hidup kena rancang memandangkan kita telah rancang untuk teruskan hidup. Tak gitue? Eheh!

April 2011- sekarang. Daebak! 

Tak sangka aku mampu bertahan sedangkan ramai di kalangan kawan-kawan dan sahabat-handai 'melompat' dari satu company ke company yang lain. 

Since I can endure for this far away, why I couldn't just bear a little for a bright future ahead.

Right? 

May Allah show me the way!

Nur: Kebenaran akhirnya tersingkap jua. Congrats!

02 December 2012

Kisah Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

I Miss You.

Aigooo. Kemain nak berkisah hati la sangat kan. Ups! I don't miss anyone kay? Not even a slight miss. Ngee. Currently watching I Miss You. Melting inside. Entah sejak bila dok seronok pulak melayan cerita Korea satu demi satu. Abes sume aku khatam. Yang mana tak khatam lagi tu aku bakal khatam. Dah takdak keghoje sangat nampaknya la haaiii..

Be right back to the entry title 'Kisah Hati'.

Kisah hatiku yang penuh dengan duka dan lara. Ececeh! Gayanya macam pernah je ada satu kisah hati kan? Bukan satu dua tiga malahan tak terkira kisah hati yang ku punya. Mencintai dan menyayangi dalam diam menyakitkan bukan? Apatah lagi mengetahui bahawa hanya bertepuk sebelah tangan. Gulp! Gaya macam pro saja dalam bidang nie.

Baru saja meleraikan satu lagi kisah hati. Soal hati sukar untuk difahami. Si lelaki dengan egonya, si perempuan sibuk melindungi diri daripada terus disakiti. You have right to choose your own story right?

Melihat satu demi satu insan di sekelilingku mempuyai kisah hati yang tidak begitu bersinar, membuatkan aku takut untuk bermain dengan api. Kata orang jangan bermain dengan api. Kecil disangka kawan membesar disangka lawan. Lebih bahaya lagi jika menjadi api di dalam sekam. Tersembunyi dan tidak dapat dilihat.

Okay dah malas nak mengarang. Sekian terima kasih.

Nur: Hujan di luar gerimis di hati. Hmm...

01 December 2012

Dah Disember!

Bismillahirrahmanirrahim...

Uyay! Dah masuk Disember. Asyik3! Saya suka sangat!!

Nak tau pasal apa? Pasal bulan ni saya akan bercuti panjang di akhir bulan. Consecutive Leave a.k.a Compulsory Leave yang tidak dapat diambil ketika bulan 8 hari tu telahpun aku tunda ke akhir tahun. Syok err! Tak sabar nak tunggu.

22 Disember 2012 -31 Disember 2012
 + 1 Januari 2013
= 11 hari

Yuhuuu~ Aku dapat bayangkan bila masuk ofis semula nanti waktu tu aku akan kembali blur dang terpinga-pinga dek kerana seronoknya menghabiskan masa cutiku dengan bersenang-lenang di rumah.

Ada perancangan untuk pergi bercuti ke sana dan ke sini. Al-maklumlah masih dalam mood cuti sekolah. Adik-adik aku semua pakat dok melepak-lepak makan minum tidur dan main game di rumah je. Ini bikin aku jeles!

Okay itu aje update kali ni. Nak bersiap-siap pergi jenjalan. Hujung minggu la katakan. Yok!


Syoknya dapat pie tempat yang tinggi dan pemandangan awan yang cantik!

Nur: Moga apa yang dirancang menjadi kenyataan.