Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada semua pembaca...
Izinkan aku mencoretkan sebuah kisah antara Abi, Ummi dan Shauqi. Kisah ini adalah yang berlaku pada diriku dan suamiku. Kisah pada tahun lalu yang ingin aku pahatkan sebagai memori terindah dalam hidupku selama aku mengandungkan dan selamat melahirkan seorang anak yang kini telah disemadikan di tanah perkuburan Shah Alam Seksyen 21. Damailah anakanda di sana.
Coretan di bawah ini merupakan diari ringkas yang dicoretkan oleh suami aku. Kronologi dari saat aku demam sehinggalah dimasukkan ke hospital dan kemudiannya melahirkan anak syurga, Mohammad Shauqi. Shauqi yang membawa maksud rinduku.
Sabtu 29 Nov 2014
Bini aku mula tak sedap badan dan badan dia mula panas. Pada hari itu, aku takde la nak bawak dia pergi klinik sebab pada aku muntah dia biasa je. Tapi bini aku dah start makan muntah. Makan muntah.
Ahad 30 Nov 2014
Bini aku dah tak sihat sangat-sangat dah. Malam Sabtu tu dia dah berapa kali bangun muntah dan buang air kecil. Kerap minum. Makan tak lalu. Suhu panas satu badan.
Pagi tu, aku bawak pergi klinik Seksyen 7 Shah Alam
07 March 2021
Blighted Ovum Part 2
Bismillahirrahmanirrahim...
Fuh. Fuh. Habuk banyak betul kat sini. Lama betul nak sambung cerita Blighted Ovum hari tu.
Dalam tempoh dua minggu yang doktor bagi takde apa yang berlaku. Setitik darah pun akde yang keluar. Penat menunggu kantung kosong tu keluar sendiri. Seolah-olah tidak sudi berpisah dari rahimku. Ada yang bagi petua minum air soda gas, ada yang bagi petua makan nenas banyak-banyak. Tapi satu pun aku tak berani nak cuba. Takut apa-apa berlaku yang mampu menjejaskan kesihatan diriku. Hanya nasihat doktor yang aku turuti.
Masih ingat lagi tentang hajat aku nak ke Bukit Tinggi semasa preggy yang lepas? Akhirnya Encik Suami tunaikan juga. Unplanned trip nak ke sana. Awalnya planning nak booking hotel Colmar Tropicale, tapi penuh. Last-last amek keputusan untuk balik hari. Pergi pagi balik petang. Langkah penjimatan di situ.
Hampir satu jam perjalanan, akhirnya sampai juga ke tempat yang diidamkan untuk pergi. Dah sampai rasa macam, oh! Beginikah tempatnya? Hihi. Tidak seperti yang terbayang di fikiran.
Pergi menuju ke taman ala-ala di Jepun dahulu. Panjat anak tangga yang agak banyal dan fefeeling ada kat Jepun. Nak sharecgambar takde la pulak kat dalam handphone ni. Oh ya! Aku update hanya menggunakan phone sahaja. Nantilah aku buat entry khas tentang trip ke Bukit Tinggi. Hehe. Bila la agaknya tu?
Back to story title on blighted ovum.
Genap dua minggu masa yang doktor berikan. Akhirnya aku kena serah diri juga untuk prosed DNC. Ikutkan term yang digunakan bukan DNC tapi ERPOC. Proses yang hampir sama tapi berbeza la jugak.
Masa yang dinanti akhirnya tiba. Waktu yang ditetapkan pada 7.30 pagi mesti dah ada di depan bilik operasi.
Setelah mengepilkan kad hospital bersama borang yang diberi, aku menanti namaku dipanggil.

Shauqi Pergi Menghadap Illahi 2
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada semua pembaca...
Hari ini Jumaat ke-3 bagi bulan Januari Tahun 2015. Aku berusaha menerima kenyataan bahawa anak aku sudah pun pergi menghadap Illahi. Aku seolah-olah hilang arah, Tatkala menaip entry yang baru ini, berapa banyak airmata yang mengalir. Aku cuba untuk tidak membimbangkan orang sekeliling dan cub membuat mereka faham akan keadaan aku. Aku belajar untuk menerima kenyataan bahawa Shauqi telah pun tiada.
Aku boleh bermanis muka di hadapan mereka. Tapi adakah mereka sebagai seorang lelaki pernah berhadapan dengan perasaan dengan kehilangan anak. Anak yang dikandung selama 9 bulan sudah cukup sifat semua dan hanya menghitung untuk dilahirkan meninggal di dalam kandungan.
Aku ditakdirkan demam sekembalinya aku bercuti dengan suami di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bermula dengan perginya kami ke Klinik Bersalin An-Nur, tapi kami ditolak untuk tidak ke sana.
"Emergency ke?" kata salah seorang petugas di sana.
"Kami nak jumpa doktor."
"Maaf, doktor hanya attend untuk kes bersalin sahaja."
Sudahnya aku mengajak hubby pergi ke Restoran Syed Seksyen 3 untuk mengisi perut dan menghilangkan serta menenangkan rasa marah. Kalau kira daripada saat itu aku dah mula sakit dan demam panas ku bermula.

Hati Yang Disakiti
Bismillahirrahmanirrahim,
Ke hadapan diri sendiri yang amat dirindui oleh semua.
Jarang-jarang aku menulis kembali kerana blog ini ibarat diari aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Belajar memaafkan dan terus melupakan.
Berkata memang mudah melupakan amat sukar bagiku.
Keep grow and growing Najat.
Stay strong and aja-aja fighting!
09 October 2019
Agen Tasneem Naturel
Bismillahirrahmanirrahim...
Lama tak update blog. Last update masa bulan 8 konon2 nak buat comeback. Okaylah nak buat comeback betul2 ni. Alhamdulillah Bicara Kasih Enterprise makin berkembang maju dan bakal berpindah masuk kedai bulan Novermber ni. Alhamdulillah rezeki dari Allah.
Semoga Allah mempermudahkan urusan masuk kedai nanti. Nanti kita update lagi sebab masa tak mengizinkan. Sebarkan kebaikan kepada orang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)