26 November 2010

Malaysia Capai Sasaran Emas

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Wah! Malaysia telah berjaya capai sasaran 9 Emas dalam Sukan Asia 2010. Tahniah2x! ^__^ 

Tapi, huk. Huk. Hoki kita tewas di tangan Pakistan dengan 2-0. Oh my. My. Terlepas pulak aku untuk tengok perlawanan akhir hoki ni. Tapi, aku ada baca juga komen-komen tentang permainan yang mereka persembahkan dalam merebut emas ni. Katanya, pasukan kebangsaan seolah-olah tidak begitu bersungguh dalam menentang Pakistan.

Entahlah. Aku nak kome pun tak boleh sebab tak tengok siarannya. Mungkin ada yang boleh kongsikan barangkali? 

Apapun, tahniah kerana akhirnya berjaya merangkul jua pingat walaupun hanya pingat perak. Thumbs up buat pasukan hoki kebangsaan. Moga mutu permainan dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Nur: Mama dulu pemain hoki. ^__^

25 November 2010

Tumbuhlah Gigiku Sayang

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Apa khabar semua? Semoga sihat sentiasa. Hmm. Dah beberapa hari dan nak masuk seminggu dah badan rasa kejap panas, kejap sejuk. Ada sesiapa pernah mengalami gejala gigi bongsu tak? Kata orang tumbuh gigi geraham bongsu ni memang teruk. 

Mungkin aku tengah mengalami gejala seperti ini. Macam dalam entry aku sebelum ni pasal gigi bongsu, bila malam je mula nak rasa sakit. Masa makan memang sakit tapi kena tahan jugakla. Kalau tidak jawabnya tak makan. Bila jadi camni aku dok tumpu gigi belah kanan untuk kunyah. Nak nganga mulut pun tak boleh besar-besar. Bila kunyah kena tahan jugak sakit walau guna gigi belah kanan.

Tadi petang makan roti canai 2 keping. Best. Sebab teringin nak makan. Pelan-pelan je kunyah sebab sakit. Huhu. Sekarang ni bila perut rasa lapar je, pikir dua tiga kali. Makan memang best. Tapi, nak tahan sakit tiap kali kunyah pun best jugak. Nampaknya pasni kena makan bubur je la. Tak payah kunyah. Takpun minum oat je la. Tahan ke aku nak wat camtu? Ngee~

Kalau anda apa akan anda buat? 

Nur: Kau datang dan pergi, oh sakit gigi. Huk. Huk. Bertabah! Ya Allah, sembuhkanlah.

Bila Bicara Soal Hati & Jodoh

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Lama tak berbicara soal hati dan perasaan ni. Tiba-tiba muncul mood nak berjiwa-jiwa. Hmm. Bila menyoroti kisah yang berlaku di era 2008 kadang-kadang aku rasa nak tergelak sendiri ada. Termalu sendiri ada. Tidak percaya juga ada. Nak kata setuju dengan kata-kata 'cinta itu buta' mungkin hanya 20% sahaja berangkali. 

Kalau nak bicarakan soal hati dan perasaan ini, aku bukanlah yang layak. Sebab apa? Kerana pengalaman pun tiada. Eheh! Perlukan pengalaman ke? Rasanya cukuplah dengan 'kisah terlarang' yang pernah berlaku dalam diari hidup aku tahun 2008 dulu. Ups! Jangan salah faham. 'Kisah terlarang itu maksudnya bukan seperti yang anda fikirkan.'

Bila aku tengok balik entry-entry 2008 lama, jiwang jugak minah ni rupanya. Kata teman aku, jodoh tu terkadang datang bila kita tak bersedia. Bila kita langsung tidak mengkehendakinya. Bila kita langsung tidak memikirkannya. Tapi, bila mana kita sangat mengharapkannya, dan mencarinya, langsung tidak kunjung tiba. Aigoo. Mood apakah aku di kala ini?

Kahwin.

Uish! Advance sungguh aku ni. Hmm. Bercakap soal mendirikan rumahtangga ini bukan mudah sebenarnya. Seperti proses memilih teman hidup. Sebabnya, aku percaya semua orang mahukan jodohnya biarlah satu dan kekal hingga ke akhir hayat. 

Kahwin waktu belajar. Ada pros and cons nya. Ada juga blog yang aku ikuti dari saat dia berkawan dengan suaminya dan macam mana sukarnya nak minta izin keluarga untuk kahwin masa belajar. Macam mana nak tunaikan janji mereka bahawa bila dah kahwin bukan satu masalah untuk maintain belajar.

Kadang-kadang, aku kagum dengan pelajar yang berkahwin masa belajar ni. Mana nak manage hal rumahtangga lagi, manage assignments lagi, manage anak bagi yang dah ada zuriat.

Jodoh itu rahsia. Hanya Allah yang mengetahuinya. Siapa. Bila. Di mana. Bagaimana. Semua aturan-Nya.


Menolak jodoh.

Dah ada pilihan di depan mata, tapi buat tak endah. Buat tak faham dan tak mengerti. Aish. Susah betul la cakap pasal cintan-cintu dan soal hati ni.

Nak komen pasal couple sana couple sini. Clash sana clash sini. Aku pun tak tahu nak komen macam mana. Apa kata korang tanya pada yang pakar. Banyak article yang ditulis tentang isu-isu pilihan ramai ni. Aku percaya anda semua lebih arif bukan?

Ada orang jodohnya awal. Ada orang jodohnya lambat. Rezeki dan aturan setiap orang memang berbeza. Ada orang yang kita sangka kahwin awal tapi belum kahwin lagi. Yang kita sangka kahwin lewat sebaliknya. Ada yang bercinta bagai nak rak tapi kahwinnya dengan orang lain. Ada yang tak bercinta terus kahwin.


Kalau tanya aku? Nak jawab macam jawapan artis boleh tak? "No komen."


Apapun, selagi kita belum diakadkan jangan lupa jaga batas-batas pergaulan yang sepatutnya. Dekatkan diri kita dengan Allah Ta'ala, dan mohonlah jodoh yang baik untuk diri kita. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. 

Nota: Main tulis ikut suka je..Serabut je bila baca balik. Layan~

Nur: Oh. Oh, Banyaknya kenduri kahwin. ^__^

Gigi Bongsu, Gusi Bengkak, Terbelah Dua

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Apa khabar anda semua? Moga sihat sentiasa di samping keluarga tercinta. 

Hmm. Hari ni tak berapa nak sihat sangat. Badan cam kejap sejuk panas sejuk panas. Tapi, tabah je buat tak layan sangat. Gagahkan jugak diri. So far, alhamdulillah tekak still tak rasa macam pahit-pahit takmo terima makanan. Makan masih rasa masam, manis dan semua rasa yang best.

Siapa yang pernah rasa tumbuh gigi bongsu? Macam mana rasanya? Oh. Oh. Sekarang aku dalam proses gigi bongsu nak tumbuh. Kat bawah belah kanan. Sebelum ni pernah gak rasa kejap sakit gusi kejap hilang. Adalah dalam 2 tahun dah rasa gitue. Syukur masa exam tak sakit camni. Kalau tak, tak tahu la macam mana nak jawap exam dengan tahan sakitnya.

Aku try rasa-rasa gusi guna lidah, rasa macam gusi terbelah dua. Sakitnya toksah cerita la. Kadang-kadang macam takde pape. Kadang-kadang rasa macam nak guling-guling je sampai hilang sakit. Nak makan pun kadang-kadang payah gak. Tak boleh nak nganga mulut besar-besar. Kalau tak, meraung la jawabnya. Bila gigi dah sakit ni, selera makan pun jadi tumpul. Bukan apa, nak makan kena tahan sakit. Kena tabah dan terus tabah untuk setiap suapan yang masuk dalam mulut.

Tak tahulah berapa lama keadaan nak jadi macam ni. Harapnya cepat-cepatlah gigi tu keluar. Sebelum ni, tak ingat bila. Tak silap aku dalam bulan 7 sebelum puasa, pernah gie check doktor gigi. Siap kena buat X-Ray lagi. Argghh. Mati abes sel-sel dalam badan aku. Huhu. Doktor cakap, gigi bongsu belah kiri memang nak tumbuh, tapi takde ruang untuk keluar. Cara nak selesaikan kes macam ni, melalui minor surgery. Tapi, doktor kata ada side effect. Means lambat nak sembuh luka operation tue. Kalau camni, mau tambah keding aku yang sememangnya tak cukup berat badan ni. Hmm.

Bila tanya abah, selagi boleh tahan sakit, tahan. Aku pun setuju cakap abah. Kadang-kadang sebelum ni, masa tidur rasa macam gigi ditolak-tolak dengan kuat. Kadang-kadang lagi, bila rasa sakit je, aku gigit gigi [ketap gigi] nak bagi hilang sakit. Setakat ni tak pernah amek painkiller lagi untuk tahan sakit. Tabah je. 

Harap sangat sakit ni hilang cepat. Gigi tumbuh dengan baik. Takmo nakal-nakal sampai aku terpaksa tahan sakit yang amat. Sakit gigi ni kadang-kadang bukan takat gigi je sakit, telinga dan kepala pun sakit. Pipi pun tak terkecuali. Apapun, moga dengan ni'mat sakit ni aku dapat muhasabah kembali diri ini. Bertabah!



Nur: Ya Allah, sembuhkanlah.

23 November 2010

Hoki Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Oh! Oh! Daku sungguh teruja mengetahui Malaysia berjaya ke final setelah mengalahkan India 4-3. Wosh! Mantap la skuad hoki kita ni. Petang tadi aku sempat tengok sikit. Wow! Haha.

Masa tu dah separuh masa kedua dan tinggal dalam 20 minit lagi. Uish! Gementar den tengok. Tapi den ternganga gak la tengok masa 2nd gol Malaysia. Cun betul jaringan itu. Ada style...Ngee~

Lagi 5 minit sebelum masa berkakhir terpaksa beransur dari depan TV. Kacau daun tol. Potong stim betul tengah masyuk tengok. Score masa ni 3-2. [India: Malaysia] Masa ni gua dah sedih tau kalau lu nak tahu. Aish! Asyik kena serang je Malaysia. Tapi, keeper Malaysia memang mantap beb! Wa tabik sama lu.

Tup. Tup. Tadi, aku baca status fb member aku kata Malaysia layak ke pusingan akhir. Wah! Happy gua. Ngee~ Senyum sampai telinga tau. ^_____^

Apa lagi, terus aku guna khidmat Datuk Google untuk sahkan berita ni. Yes! 4-3. Dalam masa tambahan berjaya tambah mata yang sebelum ni seri. Wah! Jom kita tengok sama-sama lusa [hari Khamis jam 7.30 malam] Malaysia menentang Pakistan. Ayuh! Hah! Tengok sukan tengok jugak. Solat Maghrib jangan terbabas pulak.



Hidup Malaysia. Malaysia boleh!

Nur: Apa pasal entry ni banyak benor kata ganti nama? Haha. Layan~