14 April 2013

Diari Umrah 2

Bismilllahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Melangkah masuk ke dalam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kelihatan kenderaan jenazah terparkir di hadapan kawasan tempat letak kereta Pegawai Masjid . Sanak-saudara dan ahli keluarga si mati masing-masing tekun membaca surah Yasin untuk dihadiahkan kepada si mati. Di suatu sudut yang lain, ada juga ahli keluarga yang tersesdu-sedan menahan tangis. 

Aku tertanya apakah kesudahan aku nanti. Akan adakah ahli keluarga yang tekun membaca surah Yasin untuk dihadiahkan kepada diriku. Bukan yang meratap pilu pemergianku. Siapalah aku di hati mereka?

"Ya Allah, tempatkan aku dan ahli keluargaku di kalangan orang-orang yang beriman."

Setibanya di dewan solat utama, kelihatan para jema'ah mula memenuhi saf bersiap-sedia menunaikan solat fardhu Maghrib. Tunduk patuh pada perintah agama. Sujud tanda membesarkan dan mengagungkan Allah s.w.t.

Damai sungguh terasa di hati tatkala melihat suasana harmoni bagai terbayang-bayang suasana tatkala berada di Baitullah. Manusia dari seluruh pelosok dunia, berhimpun tanpa mengira warna kulit, mahupun bangsa. Semuanya berpaksikan pada ajaran Islam yang satu. Alllahu akbar!

Betapa aku merindui untuk ke sana lagi dan lagi. Jika diizinkan Allah, aku amat berharap dijemput menjadi salah seorang tetamuNya lagi mengunjungi bumi yang penuh dengan barakah, sejarah dan kisah-kisah yang dijadikan panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan sebagai seorang hamba.




Surah Al-Hasyr 21-24

21.  
Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung,  nescaya engkau melihat gunung itu khusyu serta pecah belah kerana takut kepada Allah.  Dan ingatlah misal misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya.  Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24.
Dialah Allah, yang Menciptakan sekalian makhluk; yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama nama yang sebaik baikNya dan semulia muliaNya;  bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


Nur: Betapa hati ini amat merindui bumi bertuah itu.T_T

01 April 2013

Diari Umrah 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Alhamdulillah akhirnya aku berkesempatan untuk berkongsi pengalaman berkunjung ke bumi bertuah Makkah dan Madinah sebagai tetamu Allah s.w.t. Sungguh aku tidak pernah menyangka akan dipanggil ke sana. Awalnya aku dan rakan sebilikku di Matrikulasi UIA, Khansa bercadang untuk pergi pada Julai 2012. Tapi benarlah kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukannya. Isu mahram telah pun menghalang kami dari meneruskan niat suci kami ke sana. Kami pasrah dan redha kerana perancangan Allah itu lebih baik.

Tanpa disangka-sangka Khansa telah pun menamatkan zaman gadisnya pada Mac yang lalu dan aku diberi peluang berkunjung ke Baitullah pada Februari yang lalu bersama-sama kedua orang tuaku. Benar, Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik bagi kita tanpa disangka-sangka.

Semua urusan mengenai travel agency mana yang dipilih aku serahkan pada ayahku. Kami hanya pergi bertiga memandangkan kekangan belanja. Aku yang telah pun berniat perkara pertama yang perlu aku lakukan adalah menunaikan umrah sebelum melaksankan perkara-perkara yang lain. Alhamdulillah dengan sedikit simpanan yang ada aku mampu pergi ke sana dengan belanja sendiri.


Makanan ketika berada di dalam kapal terbang Saudi Airlines


Banyak sangat sampai terpaksa gak habiskan karang membazir

Nur: Alamak, mata dah ngantuk. Tidur dulu la yach! Nanite semua. Zzz....

20 March 2013

Lunch Orang Diet Katanya La Kan

Bismillahirrahmanirrahim...


Apa khabar semua? Lama tak update kan. Hobi aku sekarang dok amek gambar makana. Sebenarnya dah lama dah suka amek. Cuma tak share je. Apa kata kali ni keje aku update gambar makanan kat blog nie dengan gambar makanan pulak kan? Ada yang rasa nak terkam makanan tu tatkala lapar kot.

InsyaAllah aku dah mula dapat rentak nak update blog ni. Plus dah ada pembaca baru di kalangan ofismate aku. Akhirnya aku perkenalkan blog ni kat ofismate. Segan la nak bagi diorang baca kisah mengarut aku semasa masih bergelar student dulu. Tapi syok gak. Aku sendiri bila baca pun gelak sendiri jep. Ngee.

Okay la semua. Nak tidur. Sok hari khamis. Jangan lupa niat puasa ganti atau sunat bagi yang berhajat nak puasa esok.

Lupa nak terangkan gambar di atas. Okay. Aku malas nak taip jadinya aku print screen je la eh? Penyakit 'M' dah muncul! Larik~


Nur: Syoknya makan sambil amek gambar. Agak2 teringat tenung gambar balik. =p

07 March 2013

Masuk Kerja Semula

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Terlampau banyak perkara yang berlaku lately sampai saya tidak mampu absorb semuanya dan goyah seketika. Baru saya tahu 'rasa' itu memang amat sakit dan pedih. Tapi saya enggan peduli. Hidup perlu diteruskan. Masih banyak masa yang saya boleh habiskan dengan tujuan hidup yang lebih bermakna. No longer The One seperti selalu. Ups! Seperti status facebook saya sebelum ni bukan masa yang menjadi ukuran tapi penerimaan itu yang penting.

Sangat tidak sabar untuk masuk ofis semula yang banyak gosip dan sebagainya. Tidak tahu saya mampu bertahan untuk tahun seterusnya lagi atau tidak. Diam tak diam saya bakal masuk tahun ke-2 di sana April ini. Macam tidak percaya. Perasaan bercampur baur. Sangat kagum terutama pada diri sendiri. Nak masuk kerja ni bukan mudah.

Soalan interview memang pelik dan tidak patut ditanya. Tapi, tidak mengapalah. Hidup untuk sekarang dan bukan esok mahupun lusa atau tulat. Saya dapat rasakan lepas balik umrah saya positif. Semoga perubahan ini berterusan dan no more moody2 dan blues macam ayah saya dok selalu cakap. Azam nak selalu update cerita mengarut saya akan saya kotakan.

InsyaAllah. Tahun 2012 paling sikit update rasanya. Tahun ni nak update banyak2. Especially dengan gambar makanan dan awan yang selalu saya snap guna kamera cikai jep. Tidak mampu nak guna DSLR macam orang lain.

Ya Allah, dah masuk bulan MAC. Saya bakal dapat sepupu lagi. Katanya Boy jugak. Alhamdulillah. Yang penting sihat walafiat.


Waktu subuh di dalam Saudi Airlines on the way balik Malaysia tercinta. Uyay!

Nur: Moga Allah permudahkan urusan pekerjaan saya dan kalian. ^^,

02 March 2013

Nasi Lemak dan Teh 'o' Panas

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau balik kerja, menu yang pantas dan mengenyangkan adalah seperti dalam gambar di bawah. Murah dan sedap. Okay la kan. Siapa nak tolong masak kan untuk kita kalau bukan kedai. Hik. Hik. Jemput makan semua!

Nasi Lemak dan Teh 'o' Panas



Nyum3. Bismillah. :)