Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua..
Hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua satu ceritera kisah penglipurlara yang membuatkan hati saya berdukacita. Hampir saja saya merekacipta falsafah baru tentang kenapa komen dihalang. Dari 11 Ogos 2010 saya berusaha keras untuk meletakkan komen pada 3 entry di bawah (di blog masing-masing). Ini kerana saya terjatuh hati lalu jatuh cinta dengan giveaway mereka yang sangat comel. Berjayakah saya? Semuanya terletak pada keputusan juri-juri yang professional. Yay! Erk, saya sudah keluar topik ke?
Berbalik pada topik asal, tak tahu bagaimana nak gambarkan kekecewaan tak dapat nak post komen di entry mereka. Rasa hampir putus asa untuk turut serta dalam Give Away anjuran mereka. Hasil kesabaran dan ketabahan serta keteguhan yang tinggi lagi jitu (Cewwah!) saya berjaya juga meletakkan komen pada entry mereka. Hampir sahaja banjir bilik saya yang comel ini. (Hiperbola terlampau! Hehe)
Justeru di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada En Browser Internet Explorer, kerana telah berjaya membuatkan saya senyum tak henti-henti hingga ke telinga. (Kononnya lebar la kan. Hehe) Elok sahaja saya berjaya meletakkan komen pada entry mereka, Mr Browser Mozilla Firefox pula seakan-akan mula cuba mengambil hati saya dengan membenarkan saya komen pada entry mereka. Namun, saya masih 'berkecil hati' dengannya. Aigoo. Lagaknya seperti berbicara dengan kekasih gelapku saja.
Ops! Sudah lari bicara ini. Ngee~ Sekian, dimaklumkan.
Nur: Mr I.E vs Mr M.F .. Ngeh..ngeh..ngeh...=p (Ops! Bukan nama calon saya yach! Hehe)
2 comments:
try la guna chrome :D
google chrome eh?
aigoo..buta IT ni..
nanti la update..
moga2 ada perubahan..
thanks 4 da info maCy!
^^,
Post a Comment