21 May 2012

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Bismillahirrahmanirrahim...

Yuhuu... Syoknya berhujung minggu di Jalan TAR. Aigoo. Pie shopping. Yay! Jalan-jalan cuci mata dan survey  barang-barang. Banyaknya barang nak kena survey ni. Tak lama dah ni. Ececeh! Gaya cam nak pie menikah je. Ngee~

Al-kisahnya, abes je pergi kenduri kawen anak kawan abah merangkap kawan mama juga merangkap Doktor gigi kami sekeluarga, abah terus memacu kenderaan empat roda menuju ke Kuala Lumpur.

"Abah, kenapa panggil Kuala Lumpur. Banyak sangat lumpur ke kat sana?" soal Syamim.

"Dinamakan Kuala Lumpur kerana berlakunya pertembungan antara dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang." 

Entah siapa bersuara secara tiba-tiba.

Oh. Iya ke. Aku baru tahu. Ahaks! Rasa-rasa zaman sekolah dulu ada cikgu aku dok cerita tapi aku tak amek kisah pun. Sekarang baru dok sibuk nak kisahkan. Ngee. Aiman kisah tau! ^^,

Sampai je Jalan TAR, mama terus pie kedai yang selalu amek tudung. Selesai urusan jual beli. Tengah dok lalu-lalu kawasan kedai kecil-kecil, tiba-tiba ada sepasang kain ela menarik perhatian aku. Oh no! How sweet the colour is. Aigoo.. Ni yang den terbuang sekejap azam konon takmo beli apa-apa tadi. Al-maklumlah dah hujung bulan.

Akak kedai tu gigih dok tunjuk kain tu. Siap offer harga menangis lagi. Menurutnya tak dapat harga macam tu. Aigoo. Akak, memang saya tengah menangis dalam hati pun pasai berkenan tapi tak dapat nak beli. Waaaa. Pasai dah hujung bulan. Sob. Sob. Sob.

Mama siap offer lagi suruh pakai duitnya dulu. Tapi aku menolak. Pasai aku tak suka nak berhutang-hutang ni. Err. Bukan la lama mana pun kan. Tak lama pastu aku withdraw la kejap duit. Selesai hutang tu bukan? Ngee. 

Aku terpaksa menolak tawaran harga menangis akak tu sambil menangis dalam hati. T__T

Lepas tu mama dok tanya nak pie mana pulak pasai dok awal lagi. Abah kata abes solat asar kat Masjid Negara abah pickup kitorang. Then, adik aku Syahmi dok ajak pie SOGO. Menapak la kami ke sana dalam gerimis petang. Sampai je. Whoaaa. Ramainya umat!

Jalan kejap. Pastu dah mula terasa tak tahuan. Sudahnya aku pie turun bawah sat pie beli air. Sempat aku arah adik aku, Najihah suruh pie bawak mama ke pintu keluar. Mama dah penat. Aigoo. Baru sat jalan dah penat mamanya. =p

Dah dok ada dalam SOGO aku pie withdraw sat duit kat ATM. Senang esok tinggal topup Touch N Go je. Usai beli air aku menyeberang jalan dan berpatah balik ke tempat abah turunkan kami tadi. 

'Awal lagi ni,' getus hatiku.

Tiba-tiba terasa nak meninjau kawasan sekitar. Jumpa kain pasang yang sama tapi harga yang berlainan. Memang betul harga menangis akak tu offer. Err... Entah macam mana aku ter'singgah' balik ke kedai akak tadi. Belek-belek sat. Tanya pasal kain pasang lain. Sudahnya, aku memutuskan untuk beli kain yang aku berkenan tu. 

Akhirnya, dengan harga menangis aku berjaya mendapatkannya. Terbanglah duit topup Touch N Go aku. Takpe-takpe nanti hari Selasa boleh topup coz my pay day is coming soooon. Yuhuu! Alhamdulillah. Hatiku kembali tersenyum girang dengan sepasang kain berharga menangis. Ececeh! 

Pastu aku kembali ke tempat mama menanti abah bersama-sama dengan adikku yang lain. Nampak je aku tersenyum-senyum mama terus tanya 'Beli jugak ke?' Aku mengangguk seraya menunjukkan kain pasang tersebut. 'Mama agak dah.' 

Weeehuu.... I'm happy. ^____^ *big grin*

Nur: Riang-ria hujung minggu. 

No comments: