Bismillahirrahmanirrahim...
Yay! Esok Jumaat. Sekian.
Err.. Itu je update aku untuk entry kali ni. Ngee~ Aci tak? Baik. Baik. Aku faham. Dah susah payah singgah tiba-tiba baca 'habuk' je ya?
Nak dijadikan cerita, hari ni aku dapat balik awal. Yuhuu~ Alhamdulillah.
Alkisahnya aku pecut ala-ala Watson Nyambek sejurus selepas kaki menjejak lobi bangunan 49 tingkat itu. Ini adalah normal dan tiap kali jam menunjukkan 5.45 petang, aku bersiap-sedia melakukan pecutan.
Pecutan pertama adalah mengejar lif. Mesti dok heran dan kata 'Eh! Lif pun lari ke?' Ofkos la. You lambat sayonara la. Tunggu lif seterusnya. Kadang tu sampai 15 minit baru dapat lif tau. Kritikal tau masalah lif kat tempat kerja aku. Dah kata 49 tingkat kan. Mesti la nak berhenti setiap satu tingkat. Bayangkan kalau 49 tingkat X 1 minit setingkat = 49 minit terbuang kat lif saja. [Baiklah. Ini perumpamaan terlampau. =p]
Tadi aku berjaya sampai ke LRT KLCC tepat 6.00 petang. Dari situ memerlukan sekitar 9 minit ke LRT Pasar Seni dan 11 minit ke LRT KL Sentral. Kebiasaannya aku suka turun di Pasar Seni bagi mengelakkan kesesakan semasa menaiki KTM.
Hari-hari aku gunakan kenderaan awam. Menyahut seruan kerajaan agar memaksimumkan penggunaan kenderaan awam. Pagi, aku akan naik bas RapidKL U80. Lepas tu tukar LRT. Petang, aku naik LRT. Lepas tu tukar KTM. Kadang aku naik bas RapidKL U80. Ikut keadaan. Subject to change.
Berbalik pada kisah asal. Hari ni lepas melakukan pecutan, aku memutuskan untuk turun di KL Sentral. Yakin sempat mengejar tren 6.06 petang. Ya! Aku memang berjaya mengejar. Namun, kesesakan melanda menyebabkan aku membatalkan niat menaikinya. Sudahnya, aku buat keputusan untuk menaiki tren hala ke Batu Caves dan turun di Kuala Lumpur. Tapi, tiba-tiba aku terdengar pengumuman mengatakan bahawa tren ke Klang akan tiba sebentar lagi.
Apa lagi, pecut!!! Tukar platform dari 3 ke 5. Sempat! Tapi, again penuh yang amat sangat. Awalnya mengejar memintas waktu. Akhirnya kepasrahan dalam menanti. Hasilnya, alhamdulillah rezeki saya pada hari ini.
Selang tren yang ke-2, beberapa minit kemudian tren berikutnya menyusul. Berjaya menaikinya dengan aman dan berjaya mendapat tempat duduk. Yuhuu~ Double alhamdulillah. Lega. Waktu naik tren ketika itu baru jam 6.24 petang. Ini bermakna saya akan tiba di Shah Alam sekitar jam 7.05 petang.
Boleh tengok matahari terbenam. ^^, Sunsweet. Eh! Sunset la. Err... Sunsweet tu asam tau. =p
Sekian untuk kisah mengejar dan memintas dalam kepasrahan. Akhirnya, rezeki milik saya hari ini.
Err..Gambar takde kena-mengena dengan update ya.
Nur: Lepas ni nak join marathon la pulak. Ada gaya boleh jadi pelari pecut ni. =p

No comments:
Post a Comment