Bismillahirrahmanirrahim...
Whoaaaa! Ada hati nak jadi 'polis trafik' kat udara. Konon ada power la tu ya. Orite. Aku pun tak ingat bila masa aku letak post ni sebagai salah satu pilihan dalam permohonan SPA. Tup. Tup. I received a SMS:
'SPA: Anda dijemput utk menghadiri peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 pada 28.04.2012. Sila layari www.spa.gov.my utk maklumat lanjut.'
Sender:
(no name)
15888
Received:
12:14:47pm
13-04-2012
Tengahari masa dok sibuk nak keluar lunch dapat SMS ni. Mulanya aku pandang sepi je. Pastu, ulang baca kali kedua 'PKTU?' Err.. Bunga-bunga dalam hati. Cuba cek melalui internet pulak. Gotcha! Alhamdulillah. Neves ni. First time dapat khabar gembira daripada SPA. Eksaited sekejap. Sekadar menimba pengalaman menduduki exam SPA.
Kalau cita-cita tingginya mestilah nak berjaya dalam exam dan pergi ke stage berikutnya bukan? Apapun, hanya mampu gigih berusaha dan berdoa. Selebihnya bertawakkal pada Allah Ta'ala. Dia lebih tahu akan kemampuan hambaNya.
Terus telefon mama kaborkan. Then balik tu cakap kat abah pulak. Rasanya tak cakap kat abah pun mama kabor dah. Hehe. Pastu abah pun mula la usik 'Charlie...charlie...alpha...' Eeeiii... Sabar je la dengan abah ni. Huhu. Abes jadi bahan petang tu. Redha je la kan. Apapun, mari berusaha dengan gigihnya.
Esoknya 14-04-2012 mama mesej kata ada surat SPA sampai. Whoaaa. Teruja sekejap. Tapi sebab dah tahu apa isi kandungannya, takde la rasa debar sangat. Ececeh!
Sebelum hari kejadian tiba, aku dah berkira-kira dengan abah nak pergi macam mana semua. Nak dijadikan cerita, abah tak boleh hantar aku ke PICC, Putrajaya dek kerana menghadiri meeting a.k.a outstation. Tanya adik aku merangkap drebar tidak rasmi aku pun tak boleh jugak tolong dek kerana menghadiri majlis pertunangan abang iparnya. Huwaaaaa.... Tanya abang aku pulak pun tak boleh dek kerana ada kem anjuran sekolahnya di Janda Baik.
Okay. Aku faham. Memang kena hire drebar rasmi la lepas ni. Sob. Sob. Sob. Ada yang sudi? Sila ambil borang. Muahaha. Susah jugak bila takde 'kaki' nak gerak ke mana-mana ni. Aku nekad! Lepas ni aku nak pegang stereng supaya mudah bila dah ber'kaki' nak ke mana-mana. Nampaknya aku kena turunkan frame yang menggantung lesen aku selama ini. =p
Errr...nekad yang pasti. No more turning point. Bismillahirrahmanirrahim, buka buku baru. Sekian~
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan aku. Petang 27-04-2012 aku terus memecut ke Bukit Jalil. Malam tu aku tumpang tidur rumah my besties Cik Faradilla. Sempat la menemuramah Angah kepadanya yang telah pun bertugas sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara ini. Kot-kotla dapat ilham sepicing cuma. Kira jadilah daripada pie dengan free hand.
Malam tu sempat lagi dok tengok ulangan Maharaja Lawak Mega (betul la ni kan) tahun lepas. Then, tertengoklah pulak Super Spontan. Al-maklumlah rumah aku tade ASTRO bagai ni, jadinya tumpang tengok je la kot-kot tersinggah kat tempat yang ada. Mata dah ngantuk tapi ada hati nak tengok sampai habis jugak. Ngee~
Hari Kejadian...
Usai solat Subuh, aku memohon pada Allah agar memudahkan urusanku dan memberikan ketenangan dalam menjawab soalan yang dikemukakan nanti. Bertolak jam 8.30 pagi dari rumah sewa Cik Faradilla. Ups! Pecutan Ferrari Cik Faradilla pun bermula. Aku tiba di PICC just in time. Mujurlah sebelum ni aku pernah jejak kaki di sana sewaktu Konvensyen Bidadari dulu. Tahulah serba sedikit selok-belok dewan di sana.
Waktu aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan, ketua pengawas baru sahaja menyentuh mikrofon untuk bersuara. Alhamdulillah. Keluarkan segala alat tulis dari beg. Kertas OMR diedarkan. Oh! Still lagi pakai hitam-hitamkan dengan pensel 2B ini. Ingat tak dak dah semua ini.
Tup. Tup. Tetiba je mamat depan aku tanya ada pensil lebih. Sah-sahlah atas meja aku tu ada dua batang pensel 2B, takkan aku nak kata takdak pulak. Aku hulurkanlah pensel nan sebatang itu. Dia kata 'Pinjam ya'. Dalam hati aku berkata 'Ko kata pinjam. Nanti sudahnya ko tak pulang pun.' Ya! Memang betul dia tak pulangkan. Takpelah, ambillah buat kenang-kenangan.
Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 Seksyen.
Seksyen A- Pengetahuan Am
50 soalan dalam masa 45 minit.
Bukak je soalan, dok tengok kapal terbang, enjin kapal terbang, jenis pesawat. Huwaaaaa... Aku mana nak tahu semua ni. Aci hentam la kan. Huk. Huk. Mujurlah soalan ada yang boleh dikira sebagai logik akal dalam memberi jawapan. Kalau yang fakta tu memang tak dapat nak ubah la kan. Dan paling penting A, B, C dan D. Main baling dadu la jawabnya.
Contoh: Olahragawan 2011. Err.. nampak nama Datuk Lee Chong Wei je terus hitamkan OMR. Main agak-agak je.
Soalannya boleh dikategorikan mudah bagi yang peka dengan isu-isu semasa dan rajin mengambil tahu. Baik. Saya faham dan saya mengerti. Sila tingkatkan pembacaan anda. Kata tokoh nilam kan. =p
Seksyen B - Matematik dan Daya Penyelesaian Masalah
40 soalan dalam masa 40 minit.
Huwaaaa... Satu soalan seminit. Memang semput la jawabnya. Memang marathon la. Masa ni tak dak sorang pun yang keluar awal.
Seksyen C - Comprehension
25 soalan dalam masa 30 minit.
Bukak soalan je baca sepintas lalu. Hitam dan hitam dan hitam. Eh! Dah siap. Err... Awal lagi ni. Baru 9 minit je jawab. Rasa macam lama dah jawab tadi. Hehe. Alhamdulillah, mudah sedikit berbanding sebelumnya. Soalannya macam masa dok amek exam Bahasa Inggeris UPSR tu. Jadi tak hairanlah ramai orang keluar awal. Aku masih setia bertapa dalam dewan menanti waktu exam habis. Kalau keluar pun bukan ada kerusi nak duduk kat luar dewan. Baik aku lelap sekejap sementara menanti waktu menjawab tamat.
Seksyen Sahsiah
185 soalan dalam masa 45 minit.
Yang ni memang marathon habis. Masa dok jawab sempat lagi aku ngomel dalam hati tentang kesalahan tatabahasa soalan yang dikemukakan. Memang pening baca ayat dalam seksyen sahsiah ni. Pilihan jawapan ada 3:
A Benar
B ?
C Tidak Benar
Waktu aku baca arahan, boleh pulak jawapan jadi tanda soal. Hairan bin ajaib betul. Ingat memang semua soalan jawapannya seperti di atas. Tup. Tup. Soalan 176 ke 185, soalannya ala-ala kemahiran menyelesaikan masalah. Masa yang dah makin suntuk membuatkan aku super-duper marathon masa tu.
Tangan lenguh tak usah cakap la. Mana nak baca soalan. Mana nak fikir. Mana nak hitamkan OMR lagi. After all, tetiba aku rasa macam dok jawab exam PTS masa darjah 3 dulu. Memang mencabar minda dan tangan bergerak sepantas kilat.
Alhamdulillah. Selesai. Moga Allah permudahkan segalanya. Mana tahu ada rezeki saya. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tak siapa yang tahu bukan. Saya hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya urusan Allah memperkenankan atau tidak.
Akhirnya, saya punya pengalaman pertama menduduki exam SPA. Buat teman-teman yang bakal menduduki exam PTD pada 12 Mei 2012 nanti, semoga berjaya. Ganbate! Saya dapat tahu ramaaaaaai yang akan sit for this exam. All the best! PTD lebih hebat dan mencabar examnya. Sampai ke petang. Saya yang setengah hari pun macam dah kejung dan beku sekejap. Apatah lagi mereka yang siap berkarangan dan esei bagai.
Nur: Pertama kali itu memang manis bukan? ^^,

No comments:
Post a Comment