Bismillahirrahmanirrahim...
Hujung minggu datang dan pergi. How do I wish weekend will be long. Seminggu lagi murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah bakal bercuti selama 2 minggu. Cemburunya aku. Cuti yang panjang merehatkan diri dari tuntutan kerja yang tidak pernah habis. Malahan makin hari makin bertambah.
Bukanlah aku mahu merungut jua mengeluh. Namun, aku jua manusia yang kadang tersungkur dan jatuh. Ya. Ayat-ayat-Mu itu mampu memujukku dan memberi satu suntikan kekuatan dan mengajarku agar terus bertabah dan yakin pada rahmat-Mu yang tidak bertepi itu.
"Janganlah kamu bersikap lemah, janganlah kamu pula bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." [Al-Imran : 139]
How I wish becoming a school student again. Tanpa perlu memikirkan masalah yang 'berat' 'rumit' dan tidak dapat diselesaikan secara bersendirian.
Betapa aku cemburu melihat bayi-bayi yang suci tanpa sebarang dosa. Menangisnya mereka tatkala lapar, takkala dahaga, tatkala perlukan perhatian. Apa mungkin aku menjadi bayi-bayi tersebut. Ya! Mungkin aku cuma mampu menangis bersendirian. Menangis dalam hati cuma.
Menangis menyesali akan dosa-dosa yang telah, sedang atau akan dilakukan dek kerana alpanya sikap manusia nan satu. Terleka dengan buaian nafsu semata.
Kadangku leka
Kadangku alpa
Kadangku lalai
Kadangku sesal
Kadangku kesal
Nur: Ya Allah, peliharalah aku daripada kemurkaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada fitnah dunia yang tidak berkesudahan. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.
No comments:
Post a Comment