02 March 2013

Nasi Lemak dan Teh 'o' Panas

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau balik kerja, menu yang pantas dan mengenyangkan adalah seperti dalam gambar di bawah. Murah dan sedap. Okay la kan. Siapa nak tolong masak kan untuk kita kalau bukan kedai. Hik. Hik. Jemput makan semua!

Nasi Lemak dan Teh 'o' Panas



Nyum3. Bismillah. :)

01 March 2013

Allah Beri Apa Yang Kita Sangka

Bismillahirrahmanirrahim....

Jika baik sangkaan kita maka baiklah apa yang Allah berikan pada kita.

Jika buruk maka buruklah yang Dia akan berikan pada kita.

Pentingnya bersangka baik pada Allah.

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu."



Payung2 di Masjid Nabawi yang dibuka selepas solat Subuh jika tidak silap. Sejuknya kat sana. Ke masa saya pie je yang sejuk. Macam suhu dok dalam aircond dah. 20 darjah Celcius. Brrr... Sikit lagi cakap kuar asap. Ngee~ 

21 February 2013

Ketenangan di Tanah Suci Mekah

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh tidak meluahkan bicara mahupun kata2 di dalam diari maya ini. Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang menziarahi kota Suci Mekah. Benar kata orang bukan mudah untuk menjadi tetamuNya. Bukan semua orang mampu menziarahinya. Biarlah punya wang yang berjuta-juta sekalipun jika tidak mendapat jemputan dariNya pasti tidak akan menjejaki kota Suci Mekah itu.

Pengalaman yang cukup indah dan sangat2 mendamaikan. Tidak semua yang kita inginkan kita akan perolehinya. Namun, jika kita pasti akan janji Allah s.w.t. berdoa dan terus bertawakkal kepadaNya, tidak ada yang suatu apapun yang dapat menghalang. Saat yang tepat pasti akan datang juga. Soal jodoh, ajal dan maut semuanya milik Allah s.w.t.


Nur: Amat merindui kota Mekah itu.

17 January 2013

Menghargai Setelah Kehilangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Catatan ke-2 buat tahun 2013.

Bulan Januari bulan yang ku kira sibuk bagiku. Manakan tidak kerana apabila muncul sahaja hujung minggu pasti aku tidak akan lekat di rumah.

Hujung minggu pertama pulang ke kampung halaman Abah menziarahi Tok dan berkenalan dengan Opah yang baru. Pastinya aku berasa sedikit janggal membiasakan diri dengan Opah yang baru menggantikan Opah yang telah pun lebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Kiranya Tok telah pun mengalami kehilangan yang ke-2. Arwah Opah (mak kandung kepada Abah) telah lebih dahulu menghadap Yang Maha Esa tatkala usiaku 9-10 tahun. Seingat aku waktu tu tahun 1996 atau 1997.

Kehilangan yang ke-2 pada tahun lepas. Terkenang aku arwah Opah. Benarlah kata orang, kita hanya lebih tahu menghargai akan seseorang itu hanya apabila mereka melangkah pergi dari hidup kita sementara atau buat selama-lamanya.

Manakan tidak boleh ku kira rapat juga dengan arwah Opah. Ketika aku masih berada di bangku sekolah, ada kalanya aku pulang ke Hutan Melintang, Perak menziarahi Opah dan Tok. Dibandingkan jarakku untuk pulang ke rumah dan ke kampung, dekat lagi kampungku ini. Sementelah aku belajar di Sabak Bernam. Dengan menaiki bas lompat yang tidak ku ingat namanya, perjalanan hanyalah sekitar 30-40 minit, aku tiba di rumah Tok.

Ketika asramaku mengalami masalah gangguan bekalan air, aku membawa pulang 3 orang rakanku yang rapat denganku ketika itu ke rumah Tok. Meriahlah rumah Tok dengan kehadiran kami. Arwah Opah la yang membantu menyediakan makan minum kami sambil menurunkan ilmu memasaknya pada kami.

Mungkin dengan kehadiran kami mengubat sedikit kekosongan tanpa anak-anak di sisi. Opah menjaga seorang sepupuku sejak dari kecil lagi. Anak kepada Pak Andak yang selang beberapa buah sahaja dari rumah Tok.

Tiba-tiba aku rindukan arwah Opah. Masih terbayang di mataku turun naik garisan di mesin yang terdapat di ICU Hospital Teluk Intan. Walau aku tidak pernah mempelajari ilmu perubatan, garisan itu menunjukkan sesuatu. Wajah arwah Opah ketika itu amat tenang.

Sekitar jam 4.00pagi, arwah Opah menghembuskan nafas yang terakhir. Ketika ini, aku sedang tidur. Pergilah seorang insan yang disayangi buat selamanya.

Alhamdulillah.

Walau aku tidak begitu banyak berbakti pada arwah Opah tatkala masih hidup, aku masih sempat menjalankan tanggungjawabku menguruskan jenazah arwah Opah sepenuhnya. Dengan berbekalkan sedikit ilmu Tajhiz Jenazah yang aku pelajari tatkala di tingkatan 2 melalui pertandingan amal Islami anjuran JAIS, aku berjaya mengamalkannya dan mempraktiskan buat kali pertama.

Sebak aku ingin meneruskan jari-jemari meluahkan tentang rasa hati mengenai ini.

Jernih wajah arwah Opah tatkala aku mengucup dahinya buat kali terakhir, sejuk tubuhnya masih terbayang.




Ya Allah, tempatkanlah arwah Opah di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Nur: Mati itu pasti.

01 January 2013

1 Januari 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

 Rezeki hari terakhir 2012


Alhamdulillah. Kalendar tahunan berganti lagi. Kini 2013 menjengah tiba. Looking forward for a bright future ahead. Tidak sabar rasanya melalui hari demi hari dalam tahun 2013 ini. Doanya semoga kisah 2013 adalah memori terindah yang terukir dalam diari hidup seorang aku. Nervous!

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia yang mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada waktu siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan. Kemudian kepada Allah kamu akan kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

[Al-An'am: 60]

Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi ruang dan kesempatan menghirup udara dalam ni'mat iman dan Islam pada tahun 2013 ini.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

#Perubahan datang dari hati yang ikhlas#





Minum petang di hari pertama 2013. Apam balik, tepung pelita, popia basah, dangai dan putu bambu!



Nur: Ya Allah, moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya buat diriku