05 November 2010

Friendship





A friend should be

someone who will 

always be there;

to take time to listen

to help out to care.

A friend should be 

someone who makes 

you feel good;

Who is able to

cheer you when no

one also could.

A friend should be 

warm, understanding

and true;

Someone you trust

Who will let you

be you.

Warkah Rindu Untukmu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan kau yang sentiasa dalam ingatan,

Apa khabar kau di sana? Merantau jauh ke negara orang, demi menimba sebuah kehidupan. Aku di sini baik-baik dah sihat sentiasa. Sudah lama bukan kita tak berutus khabar? Kau di sana menyepi tanpa khabar. Aku di sini menanti penuh sabar. Dengarnya kau telahpun selamat bergelar seorang graduan. Oh! Iri sungguh hati ini melihat dirimu memakai topi empat segi itu.

Sebut tentang topi empat segi itu, mahu tahu tidak kenapa graduan-graduan layaknya memakai topi empat segi itu? Kata profesorku pemikiran mereka masih di dalam kotak. Lawak betul kata-kata beliau. Tambah beliau lagi, jika dilihat, profesor-profesor semuanya memakai topi yang bulat. Apa ertinya itu? Hah! Apa lagi, kau fikirkan sendiri jawapannya.

Oh ya! Pastinya kau terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak diundang ini bukan? Jangan gusar. Aku mengutusnya hanya untuk bertanya khabar. Hairan aku tiba-tiba putus berita darimu. Mungkin sibuk barangkali berada di tahun akhir. Sibuk dengan pelbagai kerja kursus yang menanti waktu untuk dibentang. Tidak mengapa. Aku faham akan situasi tersebut kerana saat ini aku jua sepertimu suatu masa lalu. Sedar tak sedar, dah lama bukan kita meninggalkan zaman hingusan kita. Rindu. Sungguh aku rindu masa itu.

Hmm. Nampaknya aku terpaksa menoktahkan di sini warkah ini. Ikutkan rasa hati yang menggunung ini, berkajang-kajang banyaknya mampu aku karang. Namun, aku faham akan kesibukanmu kini, cukuplah sekadar mengutus bertanya khabar. Jika sudi, seperti pantun-pantun lalu. Zaman masih sibuk berutus surat dan kad, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Tambah lagi satu. Sorong papan tarik papan, sudah baca harap simpan.

Sampai bertemu lagi dalam warkah berikutnya. Jaga diri ya. 


Salam rindu dari jauh,

Nur Qistina
10.00PM
Kamar sepi nan indah

04 November 2010

Bintang




Tika siang hari menjengah

daku mendongak ke langit

Mencari sealur garis pelangi

Namun bayangnya tidak kelihatan

Siang pun melangkah pergi

Perlahan-lahan senja merangkak

Terbias warna merah di kaki langit

Menandakan hari ini telah berlalu

Membiarkan memori tercatat lagi

Tika malam hari menjelma

Daku mendongak ke langit

Mencari bintang yang bersinar terang

Namun sekali lagi aku hampa

Hanya bulan purnama yang kelihatan

I Wish That One Day




When the time passed by, I feel relieved.

I wish that one day, I could really see you.

Could really face with you without any leftover memories.

Time past by so fast that I don't ever realized it.

It has been four years since we've really keep in touch. 

I'm glad that I could be as who I am now. 

One day, I wish to see you again. 

I believe that one day would really come. 

You won't ever know that until today, I still remembering you

03 November 2010

Pergi Haji

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Jom hayati lirik lagu di bawah yang tajuk Haji Menuju Allah by Nadamurni




Pergi Haji
Artinya Menuju Allah Yang Esa
Membawa Hati dan Diri Yang Hina
Memberi Hadiah Kepada Allah
Berhati-hatilah Menghadap-nya

Setiap Hamba
Pergi Haji Dengan Segala Yang Baik
Hati Yang Baik Akhlak Yang Baik
Harta Yang Halal Hati Yang Bersih
Niat Yang Suci Amal Mulia

Pergi Haji
Ilmu Tentangnya Mestilah Ada
Agar Syarat dan Rukun Tepat Sempurna
Sah dan Batalnya Dapat Dijaga
Agar Amalan Hajinya Tidak Sia-sia

Tata Tertib dan Akhlak Kenalah Jaga
Buatlah Dengan Tenang Serta Tawadu
Sabar dan Tolak Ansur Mestilah Ada
Jangan Berkasar Merempuh Manusia

Jagalah Pantang Larangnya
Yang Boleh Rusakkan Haji
Jauhkan Maksiat dan Yang Sia-sia
Takutkan Allah Yang Esa
Ingat Selalu Pada-nya
Agar Kita Sentiasa Memiliki Jiwa Hamba

Tanah Haram Jagalah Pantang Larangnya
Pergi Haji Bukannya Masa Untuk Membeli Belah
Bila Pulang Macam - Macam Yang Dibawa
Nampak Salah Kita Masih Gila Dunia

Pergi Haji
Artinya Menuju Allah Yang Esa
Membawa Hati dan Diri Yang Hina
Memberi Hadiah Kepada Allah
Berhati-hatilah Menghadap-nya

Setiap Hamba
Pergi Haji Dengan Segala Yang Baik
Hati Yang Baik Akhlak Yang Baik
Harta Yang Halal Hati Yang Bersih
Niat Yang Suci Amal Mulia

Jagalah Pantang Larangnya
Yang Boleh Rusakkan Haji
Jauhkan Maksiat dan Yang Sia-sia
Takutkan Allah Yang Esa
Ingat Selalu Pada-Nya
Agar Kita Sentiasa Memiliki Jiwa Hamba



Teringat tahun lepas masa hantar abah dan mama ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Masa tu pulak tak silap aku esoknya aku ada exam Malaysian Business Law. Masa orang pergi haji ni, musim exam akhir semester untuk Taman Ilmu dan Budi. Sama juga macam semester ini. Sayu rasanya waktu menghantar mereka. Alhamdulillah, dapat juga mama dan abah menyahut panggilan ke Baitullah.


Beberapa tahun sebelum tu, sekitar tahun 2004 tak silap aku, masa keluarga aku hantar tok dan wan aku (belah mama) ke kompleks tabung haji, aku tak ikut sekali. Tak pasti tengah musim exam SPM ke apa, tapi masa jemput tok dan wan sekembalinya ke tanahair, aku turut serta. Teringat cerita tok (panggilan untuk nenek belah mama) masa pergi haji.



Aku percaya, setiap dari kita akan ada azam dan memang telah pasang niat untuk pergi menunaikan haji sekaligus melengkapkan rukun Islam yang ke-5. Namun, sebelum kita pergi menyahut seruan Haji, seharusnya kita persiapkan diri untuk ke sana. Sebagaimana dalam lirik lagu di atas, harus ada ilmu. Niat untuk pergi haji adalah untuk beribadah dan bukannnya membeli-belah di sana.


Apapun, pada mereka yang akan menunaikan haji tahun ini, aku ucapkan selamat menunaikan rukun Islam yang kelima dan moga mendapat haji yang mabrur. Bagi yang belum berpeluang, sama-samalah kita berdoa moga untuk tahun-tahun seterusnya peluang itu milik kita. InsyaAllah.


Salam sayang,

Nur Qistina
10.29 PM
Kamar sepi nan indah