18 March 2011

Ringkasan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Wah! Lamanya aku tak update blog ni. Hampir dua minggu rasanya. Bukannya apa, ketandusan idea dan kehabisan 'tajamnya mata penaku' dalam mencoretkan isi hati yang terpendam sekian lamanya. Cewwah! Bahasa nak bunga-bunga.

Status terkini:

Masih penganggur terhormat yang menanti panggilan dari temuduga sebelum ini.


Mood:

Suam-suam kuku. Kejap naik. Kejap turun. Up and down.

Sekian untuk update mengisi kekosongan blog ni dengan entry baru. Ada yang rasa nak hempuk kepala aku dengan Spongebob ke? Ups! Jangan... Tak baik main kelapa tau. Dosa....



Nur: Moga yang terbaik untuk semua. Amin....

17 March 2011

Saat Lafaz Sakinah

By Fareast

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
 
Nur: Moga bahagia rumahtangga yang terbina itu berpanjangan hingga ke akhirnya...Amin~

08 March 2011

Hanya PadaMU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hati berbolak-balik. Hidup tidak tenang. Sentiasa dirundung gelisah dan murung yang berpanjangan. Tiada yang menginginkan kehidupan sebegitu rupa. Ya Allah, hanya padaMu aku memohon. Hanya padaMu aku meminta. Perkenankanlah doa hambaMu ini. Hanya padaMu.

Tatkala kita perlukan teman untuk berkongsi kedukaan, tiada yang sudi menemani. Hanya padaMu ku mengadu. Hanya padaMu Ya Allah.

Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam menghadapi pahit getir hidup ini
Kau mudahkanlah urusan sehari-harianku ini
Kau jauhkanlah aku dari keluh-kesah yang berpanjangan


UNIC: Lafaz yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Nur: Semakin dekat ku menghampiriMu semakin dekat Kau menghampiriku

07 March 2011

Perhatian Buat Pemandu Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian mengenai kisah ini khususnya buat kaum Hawa. Berhati-hatilah dengan hiasan dalaman kenderaan anda kerana ianya boleh menarik perhatian penjenayah yang semakin berleluasa sekarang ini. Selamat membaca dan mengambil iktibar darinya..


Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polis datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?".

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya.

Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!

Nur: Dunia sekarang semakin menakutkan...

Tentang Cinta

“Mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” ~Hendrick~

Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir… ~Us. Pahrol~
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Tentang cinta. Oh! Tajuk yang pada hematku sudah cukup lali bagi gologan muda-mudi sekarang. Pagi tadi, tergerak untuk buka laman blog Ustaz Pahrol. Entry terbarunya juga tentang cinta. Anda frust bercinta? Pernahkah anda rasa kecewa dalam percintaan? Jika ditanya pasti ada yang menjawab ya. Mana mungkin di kalangan anda tidak pernah bercinta. 
Cinta itu lahir dari kasih-sayang. Oh! Haruskah aku mengupas tentang cinta ini? Tidak perlu rasanya. Minggu hadapan, seorang teman akrabku bakal menamatkan zaman bujang dan menempuh alam berumahtangga. Ya! Iri hati itu pasti muncul jauh di sudut hatiku. Namun, aku percaya pada rencana Allah yang telah ditetapkan olehNya. Saat itu pasti akan tiba.
Buat Nurul Husna binti Md Nor,
Tahniah buat hang. Akhirnya hang berjaya juga menamatkan zaman bujang hang dengan pilihan hati hang. Aku kagum dengan keberanian dan ketabahan hang sepanjang tempoh itu. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh zaman baru. ^^, 

Barakallahulakuma Husna & Azizan

Nur: Saatnya akan tiba. Pastikan tiba. Berdoalah kepadaNya, nescaya akan diperkenankan...